White House sahkan Joe Biden hidap kanser

White House sahkan Joe Biden hidap kanser. White House menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah pun sembuh.

Kata laporan agensi, ketika bercakap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyat itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan.

“Ia menyebabkan saya dan ramai orang lain menghidap kanser, dan menjadi punca Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini,” katanya.

Jurucakap Rumah Putih Andrew Bates berkata, presiden merujuk kepada kanser kulit non-melanoma yang dihidapi sebelum menjadi presiden.

Ringkasan laporan kesihatan Biden yang dikeluarkan pada November memaklumkan Biden menghidap “kanser kulit non-melanoma dan telah sembuh” serta biopsi tidak diperlukan.

White House sahkan Joe Biden hidap kanser

BACA:

Kecoh pelajar sekolah di Malaysia diajar cara pakai kondom

Ini scam pelaburan emas terbesar di Malaysia, ramai yang tak sedar terkena

PRU-15 selepas Belanjawan 2023 – Tun M