WHO saran sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan, tak perlu lagi sijil vaksin

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Taqs” collapse_text=”Hide” ]WHO saran sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan, tak perlu lagi sijil vaksin sijil vaksin sijil digital vaksin cara print sijil vaksin sijil vaksin digital sijil digital vaksin covid [/bg_collapse]
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan negara anggotanya pada Rabu (19 Jan) supaya menarik balik atau melonggarkan larangan perjalanan antarabangsa meskipun pandemik COVID-19 masih dianggap membimbangkan, lapor Xinhua.
Jawatankuasa Kecemasan WHO membentangkan beberapa cadangan kepada ketua pengarah WHO, yang memutuskan bahawa pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan terhadap kesihatan awam di peringkat antarabangsa.
Jawatankuasa itu berkata bahawa bukti vaksinasi terhadap COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara atau syarat membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad dan pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak saksama, seperti dinukil Xinhua.
Ia juga menasihatkan negara untuk menjalankan siasatan epidemiologi terhadap penularan SARS-CoV-2 di antara manusia-haiwan serta pengawasan terhadap perumah haiwan yang berpotensi.
Jawatankuasa itu meminta pemantauan serta perkongsian data jangkitan dengan rekod masa sebenar, penularan dan evolusi SARS-Cov-2 dalam haiwan, menegaskan bahawa data berkenaan akan membantu memberi kefahaman global serta mengenalpasti virus tepat pada masanya, dan penilaian risiko kesihatan awam, lapor Xinhua.