WOW | Youtuber berumur 9 tahun terima bayaran US$30 juta

WOW | Youtuber berumur 9 tahun terima bayaran US$30 juta

Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dari Texas telah menduduki tempat teratas dalam senarai tahunan YouTuber dengan bayaran tertinggi untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan pendapatan hampir AS$30 juta tahun ini.

Senarai itu disusun oleh Forbes.

Ryan Kaji yang membuat mengulas alat mainan dan permainan di saluran YouTubenya Ryan’s World, mempunyai 41.7 juta pelanggan dan 12.2 bilion tontonan.

Video paling popularnya, Huge Eggs Surprise Toys Challenge, mempunyai lebih dari dua bilion tontonan, menjadikannya salah satu daripada 60 video paling banyak dilihat di YouTube, menurut laman berita The Guardian.

Sebagai tambahan kepada AS$ 29.5 juta yang diperolehnya melalui video “unboxing” miliknya, yang mana dia mengeluarkan mainan daripada bungkusan dan mengulasnya, barisan barang berjenama Ryan yang dijual di Target, Amazon dan Walmart pula meraih penjualan AS$ 200 juta tahun lalu.

Dia juga telah menandatangani perjanjian dengan saluran kanak-kanak Nickelodeon untuk siri yang dinamakan Ryan’s Mystery Playdate, lapor Forbes.

Majalah perniagaan itu memberitahum 10 perolehan teratas dalam senarainya memperoleh hasil sebanyak AS$211 juta dalam jumlah keseluruhan dari Jun 2019 hingga Jun 2020, meningkat 30 peratus dari tahun sebelumnya.

Pandemik koronavirus, katanya, telah meningkatkan perniagaan untuk YouTube, yang menjadi tarikan utama bagi orang ramai yang duduk di rumah sepanjang tempoh sekatan pergerakan akibat wabak koronavirus.

Pendapatan kedua tertinggi dan pendatang baharu dalam senarai ini adalah Jimmy Donaldson, lebih dikenali sebagai Mr Beast, yang memperoleh hasil kira-kira AS$ 24 juta.

Selebriti digital berusia 22 tahun ini terkenal dengan aksi liar dan mahal, termasuk meletupkan Toyota dan bunga api termahal di dunia seberat 180 kg berharga AS$ 160,000.

Episod bunga api selama 11 minit itu telah ditonton hampir 60 juta kali.

Bintang kanak-kanak lain, Anastasia Radzinskaya, yang dikenali sebagai Nastya, berada di tangga ketujuh dalam senarai.

Gadis Rusia berusia enam tahun bersama ayahnya bermain dengan Lego, melakukan pekerjaan rumah tangga dan menjelaskan virus di salurannya, mempunyai lebih daripada 190 juta pelanggan dan 39 bilion tontonan.

Dia meraih hasil sebanyak AS$18.5 juta untuk tahun ini.

Turut tersenarai termasuk pelawak David Dobrik, guru solek; Jeffree Star dan Mark Fischbach, yang dikenali sebagai Markiplier, seorang komentar permainan video.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/20/ryan-kaji-youtuber-terima-bayaran-tertinggi-as30-juta/