“Ya Allah! Sekali lagi aku kena c4bul, hanya kerana aku nak leraikan pergaduhan anak murid, dadaku sekali lagi disentuh”

Oleh ISMAIL YAHYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai pembaca yang dikasihi dan disayangi semua.

Saya Cikgu Kay, guru di sebuah sekolah pedalaman di kampung dotdotdot (rahsia).

Sebenarnya sebelum ini saya mengajar di kawasan bandar, tapi baru sahaja di pindahkan ke sekolah ini.

"Ya Allah! Sekali lagi aku kena c4bul, hanya kerana aku nak leraikan pergaduhan anak murid, dadaku sekali lagi disentuh"

Di sekolah ini, 90% pelajar adalah anak orang susah yang ibu bapa mereka adalah kategori B40.

Hampir 80% pelajar penerima RMT. Lebihan murid adalah anak anak guru dan staf.

Sekolah ini kecil, jumlah pelajar dari darjah 1 sehingga darah 6 pun lebih kurang 300 murid sahaja. Sangat sedikit. Tetapi….

Walaupun murid sangat sedikit (satu darjah pun ada 1-2 kelas sahaja) tapi mengajar mereka seperti mengajar 100 orang murid. Mungkin lebih.

Saya mengajar murid darjah 4. Hanya 1 kelas sahaja ada. Tak ramai. Tapi sangat bising.

Bayangkan, setiap hari saya perlu menjerit untuk mengajar dan bawa rotan kerana mereka langsung tak takut pada guru.

Dari sebelum masuk kelas sehinggalah habis kelas, mereka menjerit sepanjang masa seperti orang giila.

Bukannya bising sebab bersembang, tetapi bising sebab menjerit kerana mereka suka sakitkan hati guru.

Saya yang sangatlah penyabar orangnya, rekod bersih tak pernah marah orang apalagi murid, saya pun akhirnya jadi baran.

Dalam kelas itu ada 2 orang murid yang betul betul hendak belajar. Saya namakan Alia dan Anis.

Yang lain semua tidak minat belajar. Mereka menjerit, menyanyi dalam kelas. Saya jerit dan marah. Mereka diam sekejap. Lepas tu mereka bising lagi.

Akhirnya saya hilang sabar, saya rotan ketua mereka (kepala yang ajak buat bising). Bila rotan, dia boleh gelak ketawakan saya balik. Macam psik0. Pastu dia jelir lidah dekat saya.

Satu hari, saya sedang mengajar Alia dan Anis. Pastu ada budak paling nakal dalam kelas itu, nama Aziz rampas telefon saya dari atas meja guru.

Dia lari bawa telefon saya keluar kelas. Berkejar saya nak dapatkan balik telefon tu.

Tapi saya penat. Saya pun abaikan dia. Saya teruskan mengajar Alia dan Anis.

Tiba tiba dengar bunyi “pappp” dari pintu kelas. Rupa rupanya Aziz campak telefon saya atas lantai.

Ya Allah berderau betul drah saya masa tu. Dah la telefon mahal, baru beli.

Saya terus tarik kolar baju Aziz, “Kenapa campak telefon cikgu??!!”, dia sengih saja.

Saya ikut hati nak tampar dia tapi saya tak tahan. Saya menangis depan mereka semua. Exhausted. Emosi saya koyak.

Kemudian hari esoknya, mereka masih lagi bising seperti biasa. Saya sudah tidak bawa telefon lagi ke kelas. Syukur telefon saya masih boleh dibaiki.

Saya macam biasa, fokus mengajar Alia dan Anis sebab murid lain semuanya tak minat belajar.

Tiba tiba saya rasa macam ada orang tarik kain saya. Saya pandang ke bawah meja guru, Ya Allah sekali lagi saya berderau drah. Rupanya ada murid lelaki bernama Adham duduk dalam kain saya!

Saya betul betul hilang sabar. Saya tanya dia “Macam mana kamu boleh ada kat sini??”.

Rupanya dia menyelinap ke bawah meja guru diam diam. Nasib saya pakai seluar dekat dalam kain. Tapi saya tetap marah dia sebab itu dikira cubaan menc4bul guru.

Saya pulas telinga dia kuat kuat sebab saya sangat geram. Kemudian saya cubit lagi Adham sampai lebam habis tangan dia.

Saya tanya dia “Nak buat lagi tak lepas ni?”. Dia jawab “tak nak tak nak.. janji”.

Bukan guru saja stress, Alia dan Anis pun stress duduk dalam kelas tu.

Setiap kali kawan mereka buat bising, Alia dan Anis akan lari ke tandas sebab sakit kepala dengar bunyi bising.

Kelas yang sepatutnya sudah habis 1 bab, tetapi akhirnya hanya menjadi sesi marah murid sahaja.

Kasihan kepada Alia dan Anis yang betul betul hendak belajar. Mereka stress. Mereka selalu cakap nak pindah sekolah. Tak tahan belajar di situ.

Saya sendiri pun setiap kali masuk kelas mesti rasa nak pitam. Bingit, kemudian dibuli oleh murid murid.

Ada satu hari tu, ada murid nakal bernama Arif bergaduh dengan Aziz dalam kelas. Mereka bertumbuk dalam kelas. Puncanya sebab Aziz buli Arif, Aziz koyakkan beg sekolah Arif.

Arif marah sangat, Arif pun tumbuk Aziz. Saya mencelah dan meleraikan pergaduhan itu. Akhirnya saya yang kena tumbuk balik.

Saya tumbuk balik dua orang itu, tapi Arif pergi sentuh dada saya. Ya Allah! Sekali lagi saya kena c4bul.

Saya pun belasah Arif bertubi tubi. Saya tarik dia keluar dari kelas, genggam kedua tangan dia dan tanya “Kenapa pegang dada cikgu?!”.

Dia cakap “Sebab cikgu kacau kami”. Saya pun tampar pipi dia. Saya tampar dan tampar sampailah dia minta maaf, baru saya berhenti. Merah pipi dia. Dia pun menangis dan kembali ke kelas.

Saya mengadu pada guru disiplin. Tapi guru disiplin cuma cakap “Kay.. Kay buatlah apa pun dekat diaorang, sebab diaorang tu memang tak boleh bagi muka…

Saya pun diaorang tak takut, Kay buat lah apa pun. Janji jangan sampai m4ti budak tu, dan jangan sampai guru besar tau.

Saya ni kalau diaorang buat perangai memang saya belasah saja dorang. Itu pun diaorang tak takut lagi Kay.

Kadang kadang saya ignore saja diaorang ni. Penat lah Kay nak marah hari hari. Drah tinggi kita nanti”.

Saya fikir panjang. Mesti ada cara untuk counter mereka ni. Saya cuba slow talk. Panggil semua murid murid nakal seorang demi seorang ke bilik guru. Baik pula mereka. Diam sahaja.

Bila saya marah, mereka angguk. Tapi bila kembali ke kelas, perangai mereka datang balik. Aduhh, stress!

Saya bagitau guru guru lain, adakah mereka begini dalam kelas saya sahaja? Sebab saya guru baru di sini? Guru lain jawab tidak. Dalam kelas mereka pun begitu.

Guru guru lain pun mengadu, mereka sudah berumur, sudah tak larat nak marah murid. Mereka bising ke main dalam kelas ke, akhirnya guru guru ini buat tak tahu sahaja.

Silibus pun entah ke mana. RPH pun main tipu saje isi. Guru lain cakap, kalau realitinya 1 bab pun tak pernah habis, jadi nak tak nak terpaksa isi saja RPH tipu tipu. Kalau tak nanti banyak soal pula pihak atasan.

Saya teruskan mengajar saja walaupun bising. Guru disiplin pun ada cakap, dia dah penat nak marah. Nak rotan lebih lebih bimbang kena saman, sebab dah pernah ada kes ibu bapa ugut nak saman di sekolah itu.

Sebabnya, guru besar tak bagi guru sentuh anak murid. Guru besar pesan, kalau rasa nak marah sangat dengan anak murid, keluar dari kelas sekejap.

Nak marah, marah saja tapi jangan sentuh. Ibu bapa zaman sekarang tak sama macam dulu.

Saya, kembali ke kelas seperti biasa. Sudah penat nak marah mereka setiap hari. Jadi saya cuba ignore mereka yang bising.

Saya fokus mengajar kepada 2 murid yang betul betul nak belajar. Saya ajak mereka berdua duduk di meja guru menghadap saya dan saya ajar one by one. Face-to-face, supaya senang mereka nak dengar dan faham.

Tapi murid lain, mereka makin ganggu pulak. Aziz datang ke meja guru, rampas buku Alia yang nak belajar tadi, dan koyakkan buku dia.

Alia yang nak belajar tu terus menangis. Murid lain pula ketawa ramai ramai sambil cakap “Boooooo!!! Padan muka”.

Saya baran betul. Saya tanggalkan kasut tumit tinggi saya dan terus campak ke muka Aziz.

“Pappp!”, betul betul terkena ke muka dia. Berdrah pipi dia. Aziz terus merengek kesakitan dan menangis.

Akhirnya satu kelas diam. Murid lain berkerumun ke meja Aziz. Saya puas hati!

Saya tak hiraukan mereka. Saya sudah hilang sabar. Saya terus fokus kepada 2 orang murid yang hendak belajar tadi.

Dalam hati, fuhh lega. Akhirnya diam juga kelas itu untuk pertama kalinya. Saya pun dapat mengajar Alia dan Anis dengan tentang.

Keesokan harinya, saya masuk ke kelas itu lagi. Mereka semua sudah tidak sebising seperti sebelum ini. Masih bising, tapi kurang sedikit.

Akhirnya saya sudah boleh mengajar di papan putih dengan sedikit tenang. Tak perlu lagi panggil 2 pelajar rajin itu ke meja guru.

Sedang saya menulis di papan putih, tiba tiba mereka bising lagi.

Saya pun apa lagi, tanggalkan lagi sekali kasut tumit tinggi saya dan campak kepada murid lain yang bising.

Dia sempat mengelak. Tiada yang cedera. Semua terdiam.

Saya berjalan ke meja Aziz. Hari itu dia datang ke sekolah dengan plaster di pipi.

Saya tanya dia “Sakit tak pipi?”. Dia jawab “Sakit. Semalam mak bawak pergi klinik”. Pastu saya tanya lagi “Mak tak tanya ke kenapa pipi luka?”.

Dia jawab “Tanya. Tapi saya cakap jatuh basikal”. Saya bertanya lagi “Kenapa tak cakap saja cikgu yang buat?”,. Dia pun jawab “Tak nak. Nanti mak rotan lagi”.

Perbualan kami tamat di situ. Waktu rehat, saya panggil Aziz yang cedera di pipi itu ke bilik guru. Saya slow talk dengan dia.

Saya : “Mak selalu rotan ke?”.

Aziz : “Selalu. Hampir setiap hari”.

Saya : “Kenapa mak rotan?”.

Aziz : “Sebab saya selalu bising”.

Saya : “Dah kenapa masih bising kalau tahu mak akan rotan?”.

Aziz : “Kalau saya tak bising pun mak rotan juga”

Saya : “Kalau tak bising kenapa mak rotan? Mesti ada sepahkan rumah ni.”

Aziz : “Tak lah. Mak stress dengan ayah. Bila mak stress pun mak rotan kami semua.”

Saya : “Kenapa dengan ayah?”

Aziz : “Ayah hisap ddah. Tiap hari ayah minta duit dengan mak nak beli ddah. Kalau mak tak bagi, ayah pukul mak. Lepas tu mak pulak pukul kami balik”.

Saya : “Ayah memang tak kerja ke? Mak kerja apa?”

Blablabla. Panjang sangat perbualan kami. Saya ada tanya, sedih tak ada ayah macam tu? Dia cakap sedih. Malu. Sebab kawan kawan di sekolah semua tahu dia anak penagih ddah.

Dulu dia selalu kena ejek, sebab tu sekarang dia nak jadi gengster. Supaya orang tak ejek dia lagi.

Esoknya, saya masuk ke kelas itu lagi. Mereka insaf sekejap saja. Hari itu, kelas masih bising lagi. Kali ini bukan bising sebab menjerit, tapi sebab bergaduh.

Kali ni Anis bergaduh dengan seorang lagi murid perempuan, namanya Auni. Katanya, Auni ada curi pensel dia.

Saya selongkar beg dia, akhirnya betul dia mencuri. Berbakul juga saya marah Auni. Dia diam.

Waktu rehat, saya panggil Auni ke bilik guru. Saya tanya dia, kenapa mencuri. Dia cakap dia takde alat tulis. Dan dia pun tak pandai membaca.

Cerita punya cerita, dia anak orang susah. Mak ayah dah bercerrai. Mak pula sakit tak bekerja.

Makcik saja yang selalu hantar makanan untuk mereka. Saya nasihat dia, kalau nak sesuatu minta izin dengan kawan. Bagitau kawan nak pinjam pensel. Jangan mencuri. Blablabla. Dia pun pulang ke kelas.

Dipendekkan cerita, selepas kejadian itu, Auni selalu datang ke bilik guru pada waktu rehat. Dia ke meja saya untuk belajar membaca. Kasihan dia, darjah 4 pun masih tak pandai membaca.

Patutlah tak nak belajar, tak faham apa pun rupanya sebab tak pandai membaca. Saya pun ajarlah dia membaca.

Part ni kena banyak sabar betul. Haha. Sebab macam ajar budak 5 tahun membaca rasanya.

Auni ada masuk kelas pemulihan, tapi guru pemulihan pun stress mengajar diaorang hahaha. Jadinya belajar pun serupa tak belajar.

Tapi Alhamdulillah Auni tiba tiba ada semangat nak belajar.

Aziz pula, saya selalu tanya perkembangan dia di rumah. Saya ada WhatsApp ibu Aziz tanya pasal Aziz. Ibu Aziz ada confess yang suami dia menagih ddah.

Tapi dia mohon saya tak buat report, sebab suami dia baik saja. Dan ibu Aziz janji, takkan pukul Aziz dan adik adiknya lagi. Suami pula dia tengah nak bawa kaunseling.

Aziz pun makin lama makin rapat dengan saya. Saya cakap pada Aziz, “Cikgu minta maaf ye sebab cederakan muka kamu. Cikgu tak niat pun. Cuma cikgu geram sangat haritu. Kamu jangan nakal lagi tau”.

Sejak hari tu Aziz dah jadi anak murid yang pandai. Ada lah bising sikit sikit, tapi bising bersembang bukan bising menjerit. Pelajar lain pun dah slow down sikit.

Saya pun lega sangat dah tak perlu menjerit marah marah setiap hari. Bila mengajar pun saya santai, banyak main game dengan mereka.

Buat group activity, mereka suka sangat. Lepas tu bagi hadiah sape yang menang.

Rupa rupanya, group activity dan game ni lagi fun sebenarnya berbanding mengajar cara formal dan skema.

Sekolah tu tiada projector dalam kelas. Sesekali saya bawak projector sendiri dan tayang video berkaitan pelajaran dekat mereka. Buat kuiz pun mereka seronok.

Bila buat kuiz, yang tak minat belajar pun jadi lebih suka belajar. Akhirnya terwujudlah persaingan yang sihat.

Sebab siapa top scorer akan dapat hadiah special setiap minggu. Maklum lah mereka anak miskin, bila dapat hadiah mahal mereka sangat teruja.

Macam sifir contohnya, saya buat ala ala brain bee. Panggil 5 orang ke depan dan mereka mesti tulis jawapan dalam mini whiteboard. Saya tanya soalan dan mereka mesti jawab dalam masa 10 saat. Best.

Mereka enjoy the fun learning. Saya juga banyak bercerita, cerita tentang zaman uni, zaman kerja, dan macam macam lagi. Hihi.

Saje kongsi pengalaman. Bila bercerita ni, diaorang boleh fokus dengar tanpa rasa mengantuk.

Tapi kalau mengajar, tak sampai 30 minit dah nampak mengantuk sorang sorang.

Alhamdulillah, at the end mereka sekelas jadi sangat rapat dengan saya. Saya pun dah tak perlu menjerit jerit dalam kelas lagi.

Mereka selalu tolong saya hantar barang barang ke meja guru, dan bila tiba kelas saya mereka awal awal lagi datang ke meja saya berebut nak tolong angkat barang.

Guru guru lain pula cemburu dan hairan. Mereka tanya “Macam mana diaorang boleh baik dan rapat dengan Kay?”

Saya jawab. Semuanya bermula dengan keganasan. Dulu dulu saya banyak kasar dengan diaorang. Tampar, cubit, pulas telinga, campak kasut…

Dan kemudian saya kaunseling mereka sorang demi sorang, dan saya ajar mereka adab dan ilmu agama juga.

Kebanyakan mereka datang dari broken family, jadi kasih sayang tu mungkin kurang. Datang sekolah rasa nak memberontak. Mereka cuma nak difahami.

Saya selalu pesan. Buatlah baik dengan guru. Dengan ibu bapa mereka. Dengan semua orang.

Sehingga kini sudah jadi tabiat, selepas habis kelas, mereka semua akan datang ke meja guru dan ucap seorang demi seorang,

“Terima kasih cikgu mengajar kami”, sambil tangan pegang di dada dan bow 90 darjah, persis orang Jepun.

Kebetulan kejadian ini berlaku dah start ada C19. Jadi murid perempuan memang tak bersalam dah dengan saya.

Semuanya nampak indah kini, sehingga ada guru baru datang pun dia cakap, bagusnya pelajar kelas ini. Sangat sopan.

Tapi guru baru itu tidak tahu, sebelum ini pelajar kelas ini lah paling teruk dan bermasalah.

Sekarang PKP, rindu pula dengan mereka. Hanya mampu video call sahaja. Sesekali WhatsApp dengan ibu mereka, ibu mereka mesti ada sahaja nak kirim hadiah dan buah tangan.

Ibu mereka ada juga cakap “anak selalu cakap Cikgu Kay ni cikgu favourite dia.. Cikgu Kay guru paling baik dekat sekolah”.

Dalam hati saya, emak dia tak tahu dulu anak dia pernah kena lempang dengan saya. Hihi

Duhai anak muridku, satu hari nanti sekiranya kalian terbaca confession cikgu ni, cikgu minta maaf sebab dulu berkasar dengan kalian.

Cikgu cuma manusia biasa, kadang kadang gagal mengawal emosi.

Maafkan cikgu dan terima kasih kerana telah berubah menjadi lebih baik dari dahulu.

Salam sayang, Cikgu Kay

BACA: Diam-diam Afdhlin Shauki tamatkan zaman duda, pilih pengurus sebagai isteri