Tindakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang segera mengambil wuduk untuk solat di awal waktu telah menyentuh hati ramai.
Lelaki OKU bernama Saad itu merupakan seorang penjual kerepek.
Saad dilihat tiba di sebuah surau dalam keadaan cemas,
Memohon bantuan untuk dipimpin ke tandas kerana kakinya mengalami kekejangan akibat duduk terlalu lama di atas motor.
Selepas membantu Saad, mereka berbual seketika sambil menunggu waktu Maghrib.
Sebaik sahaja azan berkumandang, Saad segera bergegas mengambil wuduk, mengutamakan solat seawal mungkin meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
Tindakannya itu membuatkan individu yang merakam video tersebut berasa terkesima.
“Tak lama selepas itu, masuk waktu Maghrib. Dia terus bergegas pergi untuk mengambil wuduk.
Betul-betul terkesima sekejap. Lihat bagaimana cepat dia ‘sambut’ panggilan solat,” katanya.
Individu tersebut juga meluahkan rasa malu terhadap dirinya sendiri kerana, walaupun memiliki tubuh yang sempurna, dia masih sukar untuk menunaikan solat awal waktu.
Teguran tanpa sengaja yang dibuat oleh Saad menyedarkan individu ini. Dia memohon orang ramai untuk membantu individu seperti Saad yang berusaha mencari rezeki dengan segala kekuatan yang ada tanpa meminta-minta.
BACA: Tular wanita bengang kereta kena tarik, ini prosedur sebenar tarik kereta ramai tak tahu