“Yang penting berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju seragam itu, mereka dinafikan pendidikan,” – Menteri

Oleh GEMILANGDAILY

“Yang penting berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju seragam itu, mereka dinafikan pendidikan,” – Menteri.

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar yang kurang mampu untuk hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baharu, meskipun tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kelonggaran itu diberikan sebagai langkah memudahkan ibu bapa terutama mereka terkesan akibat banjir.

"Yang penting berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju seragam itu, mereka dinafikan pendidikan," - Menteri

“Dalam konteks di Johor misalnya, kita (KPM) beri ruang kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian seragam.

“Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan,” katanya selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia Madani Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, Bandar Estek di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Fakaruddin Ghazali.

Beliau berkata, berhubung rungutan pakaian kokurikulum atau badan beruniform, kementerian juga bersetuju supaya memakai t-shirt yang menggambarkan sekolah mereka jika ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan seragam itu.

“Atau pakaian baju sukan yang sesuai untuk hadir ke sekolah dan mengikuti semua program sekolah, jadi timbul soal kita berkeras dalam soal pakaian seragam, tapi kita bagi ruang

@mykomnasional KPM beri kelonggaran pelajar pakai baju sukan semasa kokurikulum @fadhlinasidek #DEMIPERTIWI #salamperpaduan #mykomnasional #kerajaanperpaduan #malaysiamadani #malaysiamadani #kerajaanydpa #fadhlinasidek ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) – LEOPARD

“Kita bersikap bertolak ansur dalam perkara ini sesuai dengan keadaan kerana sedar dengan kos penyediaan yang tinggi selain masalah banjir yang sebahagian tempat belum pulih sepenuhnya,” katanya.

Mengulas mengenai penempatan guru pada sesi persekolahan akan datang, Fadhlina berkata, KPM sedang memberikan tumpuan terhadap perkara berkenaan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebaik mendapat keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

“Penempatan guru akan diumumkan secepat mungkin. Harus difahami bahawa pengambilan guru dibuat secara berfasa dan tiada tempoh tertentu di mana setiap kekosongan akan diisi,” katanya.

BACA:

Bagaimana orang kaya lari dari membayar cukai, ini taktik licik yang mereka guna

“Bila dia tahu boleh kena penjara dan sebat kalau sabit kesalahan, nangis terduduk laki aku dikaki ku”