Yang sepatutnya jadi pengantin si adik, tapi abang pula yang ‘sailang’ tempat adik, rupanya ini punca sebenar

Oleh GEMILANGDAILY

Yang sepatutnya jadi pengantin si adik, tapi abang pula yang ‘sailang’ tempat adik, rupanya ini punca sebenar

TULAR di media sosial bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ menjelang hari pernikahan.

Faisal Ashari, 17, memilih untuk tidak muncul dan meninggalkan pengantin perempuan

Yang sepatutnya jadi pengantin si adik, tapi abang pula yang 'sailang' tempat adik, rupanya ini punca sebenar

Dia yang juga kekasihnya, Magfirah, 16, tiga hari sebelum majlis atas alasan belum bersedia untuk berumahtangga.

Memandangkan persiapan sudah dibuat, abangnya, Ahmad Adzyan rela menggantikan adiknya dengan bersetuju menjadi pengantin lelaki.

Majlis berlangsung seperti dirancang pada Sabtu lalu di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia.

Sepupu pengantin lelaki, Linda berkata, Faisal melarikan diri kerana mahu melanjutkan pengajian.

Keluarga merasakan abangnya paling sesuai menjadi pengganti kerana umur yang lebih tua dan matang serta belum berpunya.

Ahmad Adzyan juga dikatakan bersetuju untuk bernikah dengan gadis pujaan hati adiknya kerana mahu menjaga nama baik keluarga.

Majlis yang dirancang dapat disempurnakan apabila keluarga pengantin perempuan juga menyambut baik calon ‘pengantin lelaki segera’.

Menurut laporan, Magfirah dikatakan menerima lamaran Ahmad Adzyan kerana sakit hati dengan Faisal.

Walaupun bernikah secara tidak dirancang, kedua-dua mempelai nampak bahagia pada majlis perkahwinan mereka

BACA: Tiba-tiba Chef Burak heret bapa kandung sendiri ke mahkamah, tak sangka! Rupanya ini yang bapa dia buat