Yasin diarah masuk ke Hospital Bahagia, bukan dah pulih ke? Tapi kenapa? Rupanya ini cerita sebenar.
Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk diperiksa tahap kesihatan mentalnya.
Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan peguam belanya, Ariff Azami Hussein mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Ketika prosiding sebutan kes itu hari ini, Ariff Azami memberitahu mahkamah, terdapat asas yang kuat untuk kesihatan mental penyanyi berusia 48 tahun itu diperiksa oleh pakar psikiatrik.
Katanya, pemerhatian perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak untuk dibicarakan atau tidak.
“Pembelaan mengemukakan lima laporan perubatan antaranya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Kecelaruan Bipolar Tahap I sejak 2007.
“Laporan Pusat Pakar Universiti Malaya (USMC) menunjukkan anak guam saya pernah diserang ‘simptom manic’ yang boleh membahayakan dirinya.
“Laporan terkini juga mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawanya,” katanya.
Selain Ariff Azami, Yasin atau nama sebenar Muhammad Yasin Sulaiman, 47, turut diwakili peguam, Nur’ain Shahiera Khalid.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini memberitahu mahkamah, pendakwaan tidak membantah permohonan pembelaan itu dan menyerahkannya kepada budi bicara mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Jun ini untuk mengemukakan laporan psikiatrik.
BACA:
Ada Pulau Syirik di Melaka? Tak pernah dengar pun..
Sebenarnya Maggi produk Malaysia ke? Ini asal usul Maggi yang ramai tak tahu