Zahnita Wilson dedah sebab boleh bertahan dengan suami selama 20 tahun

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelakon dan model, Zahnita Wilson, akhirnya dapat menarik nafas lega selepas pihak polis mengambil tindakan

Dengan menahan suaminya bagi siasatan kes keganasan rumah tangga.

Menurut Zahnita, dia kini sedang dalam proses menyediakan dokumen untuk permohonan perceraian yang diuruskan oleh peguamnya.

Zahnita berkongsi bahawa dia bertahan selama 20 tahun dalam perkahwinan tersebut demi anak-anak,

kerana bimbang masalah rumah tangga mereka akan memberi kesan kepada mereka.

Zahnita Wilson dedah sebab boleh bertahan dengan suami selama 20 tahun

“Saya bertahan demi anak-anak, semuanya untuk mereka. Apa yang terjadi memang memberi kesan kepada emosi anak-anak, terutama anak perempuan saya, yang terkesan di sekolah.

Saya takut keadaan di rumah akan menjejaskan pelajaran mereka, tapi sekarang benda dah jadi, nak buat macam mana,” ujarnya.

Menurut model itu lagi, hidup bersama individu yang memiliki sikap narsistik bukanlah sesuatu yang mudah.

“Saya bertahan demi anak-anak, tapi malangnya keadaan semakin teruk. Hidup dengan orang narsistik memang sukar, susah untuk lari. Hanya orang yang pernah melalui situasi yang sama akan faham betapa sukar untuk keluar dari situasi itu.

Saya sebenarnya merancang untuk failkan perceraian pada Februari, tapi kita hanya mampu merancang.

Kejadian penderaan berlaku pada bulan Mei, saya kumpul duit, buat bisnes, dan akhirnya pada 26 November lalu, saya berjaya keluar dari rumah dia,” tambahnya.

Sebelum ini, Zahnita turut memuat naik foto di Instagram yang memaparkan wajahnya lebam seolah-olah ditumbuk, yang mengundang pelbagai spekulasi di kalangan netizen.

BACA: Bukti ajal maut jodoh ditangan tuhan, kereta putus 2 tetapi pemandu cedera ringan