Zaman gelap untuk penjawat awam kembali lagi

Zaman gelap untuk penjawat awam kembali lagi

Nampaknya zaman gelap buat penjawat awam kembali menjelma. Hari ini tular kembali e poster yang bertajuk “Tahukah anda? Sebagai Penjawat Awam dalam Penggunaan Media Sosial.

E poster ini turut memperjelaskan kakitangan awam akan dikenakan peraturan 4(1), 2(D), dan 21(1) atas peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1992 (P.U(A)395/1993)

Kenapa e-poster ini tidak muncul di zaman Pakatan Harapan? Walhal kakitangan awam ketika itu cukup sedap menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. Malah di media sosial group whatsap rasmi mereka boleh bersembang menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Inilah kebebasan yang diberikan oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan kepada penjawat awam.
Politik adalah individu. Tugas dan kerja hakiki masih mengikut “government of the day” tanpa ada unsur-unsur sabotaj.

Adakah kerajaan ingin melahirkan pegawai dan penjawat awam yang hipokrit. Penjawat awam masih ingat bagaimana bos-bos mereka pernah berkempen dan mengarahkan berkempen ketika Pilihanraya di kawasan Menteri dan pilihanraya kecil. Apabila kerajaan bertukar tangan, sebegitu juga kakitangan awam menyalin kulit di zaman Pakatan Harapan.

Penjawat Awam pasti selesa ketika Zaman Pakatan Harapan kerana tidak ada arahan seperti di zaman Barisan Nasional untuk agensi jabatan kementerian turun berkempen di pilihanraya kecil.

Jangan hilangkan suasana demokrasi buat penjawat awam!!