Zamihan tegur watak ‘Menteri’ Musang Berjanggut penunggang agama

Zamihan tegur watak ‘Menteri’ Musang Berjanggut penunggang agama

Ustaz Zamihan membawa satu perumpaan hari ini menerusi laman facebooknya. Ia berkisar Menteri Nikah Kahwin penunggang agama yang wujud dalam filem popular Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu Musang Berjanggut.

Menteri ini disifatkan sebagai menteri yang langgar SOP di negara sendiri sehingga menjejaskan maruah agama dari persepsi masyarakat semasa.

Beliau menulis “Saya berasa kesal kerana menggunakan jubah dan serban saya untuk mengurat Puspa Wangi, isteri Tun Nila, Raja Muda Pura Cendana. Saya yang membuat undang-undang tetapi saya sendiri yang melanggarnya.”

Tambahnya lagi “Saya juga sedar bahawa saya telah melanggar SOP Negeri Pura Cendana. Sehingga menjejaskan maruah agama dan persepsi rakyat marhaen. Maka demi tidak menghabiskan duit rakyat yg membayar gaji saya dan demi maruah diri saya digelar sebagai ‘Musang Berjanggut’ maka saya dengan ini meletak jawatan sebagai Menteri Nikah Kahwin Pura Cendana.”

Beliau menjelaskan maksud tulisan awalnya dengan menulis “Demikian, watak Menteri Nikah Kahwin penunggang agama dalam drama Musang Berjanggut. Masih adakah ‘Musang Berjanggut’ sekarang?”

Isu pelanggaran SOP kuarantin hangat diperkatakan setelah Menteri Pas, Khairuddin at Takiri yang juga merupakan salah seorang ulama Pas yang dilantik menjadi menteri PN gagal mematuhi SOP kuarantin setelah pulang dari lawatan ke luar negara.

Menghangatkan lagi isu ini apabila penyokong beliau melabelkan beliau sebagai burung hud hud untuk menjustifikasi tindakannya.

Rakyat tambah meluat apabila kes beliau yang terang bersalah ini mengambil masa berbulan-bulan untuk disiasat sedangkan rakyat biasa mampu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh yang singkat dan dihukum.

Sumber :

MUSANG BERJANGGUT PENUNGGANG AGAMA! Saya berasa kesal kerana menggunakan jubah dan serban saya untuk mengurat Puspa…

Posted by Ustaz Zamihan Al-Ghari on Friday, October 9, 2020