Pelakon jelita, Zarina Anjoulie mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan dirinya sudah kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elze.
Terbaharu, Zarina yang lebih mesra disapa Anju itu memuat naik hantaran yang memaparkan kejutan yang dibuat Khazrul sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Anju terharu dengan usaha Khazrul untuk menggembirakan hatinya di hari istimewa.
Terima kasih tunangku, you are so sweet la. Tak lupa juga pada semua anak anak, sayang korang semua.
Majlis makan malam yang sangat mengharukan.
Dalam masa yang sama, Anju turut mengucapkan terima kasih buat anak Khazrul, Erin yang turut meluangkan masa bersama.
Erin sayang, terima kasih sebab datang, saya tahu awak sibuk tapi awak cari juga masa untuk datang pada malam ini.
Love you my sweet daughter.
”Papa & mama is back’
Sementara itu, menerusi satu hantaran lain Anju berseloroh memaklumkan bahawa dia dan tunangnya itu akan kembali mencetuskan ‘drama’ dan ‘kontroversi’.
Papa & mama is back! Lebih banyak drama, kontroversi dan tentunya shopping. Nantikan!
BACA: Gadis bertudung selamba tonggang arak undang perhatian netizen