Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni ‘kurangkan makan cili, nanti menggelupur’

Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni kurangkan makan cili nanti menggelupur

Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni ‘kurangkan makan cili, nanti menggelupur’. Umum mengetahui, Zul Ariffin telah dikenakan denda sebanyak RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan sumbang di media sosial pada 18 Mac lalu.

Terbaru, Zul dilihat memuat naik satu ciapan di Twitter yang didakwa berbaur sindiran.

Menerusi tweet tersebut, Zul mengingatkan netizen betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah ayat ‘makan cili’ yang ditulis olehnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ciapan Zul tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan. Malah, ada yang mendakwa Zul seakan ingin tujukan Tweet tersebut kepada seseorang.

Terdahulu, kenyataan Zul yang mengatakan pihak lain sebagai ‘malaikat’ telah menjadi bualan hangat dalam kalangan segelintir pihak. Bukan itu sahaja, pengarah dan penerbit, Erma Fatima ingin tahu siapa ‘malaikat’ yang dimaksudkan itu.

Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni'kurangkan makan cili, nanti menggelupur'

BACA:

Video lelaki menangis sambil jalan kaki tengah malam tular, “tunang buat hal..”

Joe Flizzow buat video klip dalam kubur, siap gali sendiri

Mira Filzah tunjuk muka anaknya, benda dalam rumah pula jadi perhatian netizen

 

CATEGORIES