118 pekerja Pasar Borong KL didapati positif Covid setelah Persatuan lantik makmal swasta lakukan ujian

118 pekerja Pasar Borong KL didapati positif Covid setelah Persatuan lantik makmal swasta lakukan ujian

Seramai 118 pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur sah dijangkiti Covid-19 semalam selepas menjalani ujian calitan dengan makmal swasta yang dilantik pihak persatuan.

Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt berkata, daripada jumlah tersebut, 31 pekerja melibatkan bahagian sayur, manakala 87 lagi di bahagian ikan.

Ujarnya, pekerja bahagian buah-buahan menjalani ujian pada 18 Januri lalu dan keputusan dijangka diperolehi esok, lapor The Star.

Sejak kelmarin, bahagian penjualan ikan di pasar itu ditutup sementara waktu untuk proses nyah kuman dan akan kembali beroperasi pada 22 Januari ini.

Difahamkan, satu mesyuarat melibatkan persatuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijadualkan berlangsung hari ini.

Menurut Wong, mesyuarat tersebut bagi memutuskan sama ada seluruh Pasar Borong berkenaan perlu ditutup, atau sebaliknya.

“Susulan daripada itu, kami telah memaklumkan kepada ahli persatuan kami bahawa operasi akan ditutup pada esok.

“Ini bagi membolehkan mereka menguruskan bekalan sebaiknya.

“Melihat kepada keadaan tersebut, bahagian sayur-sayuran dijangka ditutup untuk beberapa hari bagi tujuan proses nyah kuman. Bagaimanapun, ia tidak ditutup sepenuh,” katanya lagi. –MD