3 kesalahan ini selalu dibuat orang bila pilih tinted kereta. Tidak salah rasanya jika MASKULIN katakan semua kereta dan kenderaan empat rodak di negara kita sudah jatuh hukuj wajib di pasang dengan filem cermin atau dikenali sebagai tinted. Suhu panas di negara kita menjadikan penggunaan tinted pada cermin kereta sebagai satu keperluan.
Pemasangan tinted bukan sahaja boleh elak suhu dalam kereta bebeas panas membahang malah membantu ruang dalaman jadi lebih cepat sejuk selepas aircond di pasang.
Kebanyakan kereta baru tidak dipasang dengan tinted. Jadi amatlah penting untuk anda sebagai pemilik kenderaan memilih tinted yang betul. Bukan sahaja untuk keselesaan tetapi juga keselamatan dalam tempoh masa yang panjang.
MASKULIN tertarik dengan perkongsia dari saudara James Alatin yang berkongsi beberapa kesilapan utama yang sering sesetengah orang lakukan semasa memilih tinted. Perkongsian beliau menerusi TikTok kendaliannya menjelaskan beberapa kesilapan yang bukan sahaja merugikan malah boleh beri kesan buruk yang lain.
Ikuti tiga kesilapan biasa yang sering dilakukan!
KESILAPAN 1
Semasa ke kedai aksesori kereta yang menawarkan servis tinted kereta anda perlu merasai sendiri material tinted yang ingin dibeli.
Ramai orang tak buat buat ‘touch and feel’. Ini amat penting kerana dengan cara inilah anda dapat tahu tahap kepanasan yang boleh ditampung oleh filem tinted. Anda juga boleh tahu sama ada ia sesuai atau tidak untuk keperluan harian anda.
KESILAPAN 2
Kesilapan seterusnya juga tidak kurang pentingnya. Ramai tidak periksa dahulu tahap ketelusan cahaya filem tinted.
Ini penting kerana anda perlu tahu sama ada tahap ketelusan filem tinted itu mengikuti spesifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika tidak ikut spesifikasi anda boleh disaman kemudian hari!
KESILAPAN 3
Cuba tanya diri sendiri? Pernahkah anda periksa tinted yang dipasang di kereta itu sama seperti yang anda pilih sebelumnya? Jika ya, baguslah.
Tapi ramai sebenarnya yang tidak periksa dengan teliti. Dirisaukan anda pilih yang lain dipasangnya pula yang lain. Elak jadi mangsa penipuan!
BACA:
Nad Zainal dilihat berhijab di Thailand bersama Ungku Ismail
Wanita hilang akhirnya ditemukan dalam perut ular sawa selepas 3 hari