336 kes bunuh diri waktu PKP 2.0, bagaimana PKP 3.0?

336 kes bunuh diri

336 kes bunuh diri waktu PKP 2.0, bagaimana PKP 3.0? Sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada polis dalam tempoh Jan-Mac 2021 semasa PKP 2.0 sahaja berbanding 631 kes bagi keseluruhan tahun 2020.
Itu PKP 2.0.

Namun, PKP 3.0 dan Total Lockdown adalah lebih menyeksakan sebab keadaan Covid lagi teruk, duit simpanan sudah habis semasa PKP 2.0 dan tempohnya lagi panjang.

Kebimbangannya ialah bilangan kes bunuh diri sedang dan akan melonjak jauh lebih tinggi lagi dalam tempoh PKP 3.0/lockdown ini.

Sebanyak 471 kematian Covid dicatat pada tahun 2020.

4,637 nyawa telah terkorban pula dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2021, biarpun kerajaan diberi kuasa penuh Darurat dan dilaksanakan berkali-kali PKP pada tahun ini,
Lebih malang ialah selepas 1 bulan 18 hari PKP 3.0 dilaksana:

– 107 lagi kematian dicatat hari ini;

– kes baharu naik semula ke 6,437;

– kes aktif teruskan trend menaik;

– Pesakit serious dalam ICU cecah 905 orang;

– 27 kluster Covid baharu dikesan;

– kadar positif hari ini terus naik ke paras tertinggi bulan ini pada 9.46%

– Kadar kebolehjangkitan R0 kembali ke paras positif 1.00 semalam dan hampir pasti naik lagi hari ini.

– Malaysia jatuh ke kedudukan ke-3 paling corot antara 53 negara yang dipantau indeks prestasi pengawalan Covid Bloomberg

– Prestasi pasaran saham Malaysia jatuh tangga ke-7 paling corot dalam dunia setakat tahun ini.

Macam mana negara kita makin lama buat lockdown, makin lama lawan Covid tapi keadaan Covid boleh pulak menjadi makin parah?

Sehingga YDP Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa titah kebimbangan.

Sehingga titah bagi parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin untuk mencari jalan keluar bagi negara perlu diulang 3 kali.

Pun begitu. Apa yang kerajaan buat?

Satu jadi wakil kilang. Satu jadi wakil Along. Satu jadi wakil bank.

Satu kata dia tak kisah dipanggil bodoh.

Satu kata kerajaan tak gagal tetapi belum berjaya.

Dan satu lagi buat pesta durian pulak.

Tolonglah. Tolong.

Jangan seksa Rakyat lagi.

Jangan sia-siakan lagi pengorbanan Rakyat.

Jangan bunuh Rakyat.

Jangan lumpuhkan negara.

Be serious.
Sumber:

Jika Anda Terlepas:Pusat Kuarantin : Kadar sewa PUTIK didakwa agak tinggi

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)