Baim Wong kantoi tak puasa, selamba makan jajan waktu tengahari

Oleh GEMILANGDAILY

Baim Wong kantoi tak puasa, selamba makan jajan waktu tengahari.

Bulan Ramadan yang datang setahun sekali memberi banyak makna kepada kita sebagai umat Islam.

Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, bulan puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan ketaatan dalam menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara kurang baik.

Mungkin disebabkan kedatangan bulan puasa sekali hanya setahun, ramai yang terlupa untuk ‘berpuasa’ gara-gara rutin makan siang atau mengunyah jajan pada waktu senggang.

Hal ini yang dialami oleh pelakon dan Youtuber popular Indonesia, Baim Wong. Menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini, kelihatan Baim sedang memeriksa keadaan kolam renang yang sedang dibaik pulih di kediamannya.

@riatagus

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Sambil melihat perkembangan kerja-kerja pembaikan, Baim dilihat menguyah sesuatu sambil gelagatnya terus dirakam oleh jurukamera.

Hal tersebut berlaku pada siang hari di bulan Ramadan, ketika semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Menariknya, Baim sempat menghulurkan makanan yang sedang dinikmatinya kepada salah seorang pekerja yang berada di situ, namun ditolak kerana katanya dia berpuasa.

“Eh saya makan? Lupa… kenapa tak cakap” katanya sambil mengeluarkan semula makanan yang ada di mulutnya dan tertawa.

Meninjau ruangan komen, kelihatan beberapa respons daripada netizen yang cukup mencuit hati.

“Rezeki sesungguhnya,” jelas seorang netizen.

“Dah nak habis baru sedar ya pak cik,” tulis seorang pengguna TikTok pula.

“Salah cameran tak tegur,” ungkap seorang wargamaya pula.

Namun, melanjutkan tinjauan ke ruangan komen, rata-rata memberitahu bahawa video berkenaan merupakan video lama. Difahamkan, ia merupakan video yang dirakam pada bulan Ramadan tahun lalu.

BACA:

Shuib berdepan masalah baru pula, badan dah makin susut tapi..

Uniknya nama anak Intan Ladyana dan Harris

Berdepan hukuman mati, ini rayuan Yasin agar diberi ikat jamin