Netizen serang komen lucah selepas Safawi dan Syifa nikah, “jangan tembak ke bulan pula”

Oleh GEMILANGDAILY

Netizen serang komen lucah selepas Safawi dan Syifa nikah, “jangan tembak ke bulan pula”. Semalam dilaporkan bahawa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Safawi Rasid telah menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya yang juga merupakan pelakon, Syifa Melvin.

Lantaran itu, menjengah ke ruangan komen di Facebook portal online, terdapat beberapa komen yang tidak menyenangkan apabila berita perkahwinan Safawi dan Syifa dilaporkan.

Selain daripada ucapan tahniah, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur lucah dengan memberi pesanan buat Safawi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Hal ini tidak wajar berlaku dan dilihat keterlaluan. Untuk rekod, pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.

Netizen serang komen lucah selepas Safawi dan Syifa nikah, "jangan tembak ke bulan pula"

BACA:

‘Bodyguard’ kacak Anwar jadi tular di Tiktok, statusnya pula jadi bualan netizen

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Kru Kabin ini selamba ‘kecek kelate’ buat penumpang terhibur