Staff Tomok kena pukau dengan pelanggan, siap ada video bukti

Oleh GEMILANGDAILY

Staff Tomok kena pukau dengan pelanggan, siap ada video bukti. Isteri kepada penyanyi, Tomok, Ayu Abas tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah menipu pekerjanya dan melarikan sejumlah wang di kedai minuman yang diusahakannya bersama suami.

Menurut Ayu, dia dan suami telah berkerja keras mengusahakan kedai minuman tersebut untuk memberi manfaat bukan sahaja buat keluarganya tetapi juga buat masyarakat yang memerlukan pekerjaan.

“Helo scammer, aku penat cari duit siang malam tahu. Nak majukan keluarga,nak jana ekonomi negara dan nak bantu anak bangsa dapatkan pekerjaan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Tomok (@tomokofficial)

“Macam itu sahaja kau ambil duit aku. Kamu sangat memalukan. Aku perempuan pun kerja tahu. Harap dapat pembalasan secepatnya,” tulisnya.

Staff Tomok kena pukau dengan pelanggan, siap ada video bukti

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Tindakan individu tersebut sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di kedai tersebut.

Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi foto laporan polis yang telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Pagi tadi, Tomok memaklumkan pekerjanya seakan-akan menjadi mangsa pukau ketika sedang melayan seorang pelanggan pada Rabu.

Pelanggan tersebut dikatakan telah memesan minuman tetapi tidak membuat sebarang pembayaran. Lalu, dia mahu wang bakinya dikembalikan sebanyak RM87.

Jelas Tomok dia sememangnya kecewa dengan kejadian tersebut memandangkan kedai minumannya itu baru sahaja beroperasi pada bulan lalu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @ayu_abas

BACA:

Aziz Rahim bebas kes rasuah, ubah wang haram

Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda, dapat tajaan RM15 Juta

Stadium World Cup di Qatar bakal diruntuhkan selepas pertandingan tamat