Dakwaan Wi-Fi boleh ganggu DNA anak, doktor ini kena kecam. Tak dinafikan, perkembangan teknologi sekarang ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Baru-baru ini, seorang ‘influencer’ yang juga merupakan seorang doktor mendakwa pendedahan terhadap Wi-Fi boleh mengganggu DNA anak-anak.
Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, wanita itu memberitahu radiasi Wi-Fi mampu mengganggu DNA dan sel otak anak. Malah menurutnya, Wi-Fi juga mampu membuatkan tidur anak menjadi tidak berkualiti sekaligus mencetuskan kebimbangan buat ibu bapa.
Oleh itu, dia menasihatkan para ibu bapa untuk menutup Wi-Fi semasa waktu tidur bagi membantu anak mendapat tidur yang berkualiti. Perkongsian tersebut kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen yang meragui kesahihan maklumat yang dikongsikan ini.
“Cukup satu hari kita on Wi-Fi. Malam waktu anak tidur, bagi peluang untuk otak anak rehat sekejap dari persekitaran radiasi Wi-Fi.”
Namun difahamkan, wanita itu mendapat maklumat tersebut berdasarkan sumber daripada kajian 1,258 muka surat seorang pengkaji dari University of California, Berkeley. Walau bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat apa yang dikongsikan ini adalah tidak benar sama sekali.
Komen netizen
Menurut netizen, kenyataan yang dikongsikan ini memberikan kesan besar kepada orang ramai terutamanya golongan ibu bapa. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta sumber kajian yang diambil oleh wanita itu bagi menyokong kenyataan tersebut.
“Ini kenyataan yang besar impaknya especially kalau tak bersandar pada evidence…”
“Sorry ini merepek. Wi-Fi boleh ganggu DNA? Kat jurnal mana bukti ni diterbitkan?”
Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihati ‘influencer’ tersebut untuk berhati-hati sebelum berkongsikan sesuatu maklumat memandangkan dia mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Tidak kurang juga yang memintanya memadamkan perkongsian itu untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan netizen.