Model terkenal Thailand ini rupanya seorang ‘mak nyah’

Model terkenal Thailand ini rupanya seorang mak nyah

Model terkenal Thailand ini rupanya seorang ‘mak nyah’. Nama seorang model popular dari Thailand menjadi buruk dalam tempoh semalaman selepas dia didakwa melakukan perbuatan mencuri identiti, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Model itu mencuri kad pengenalan seorang rakan dari zaman kolej untuk tujuan kerja, sebelum menimbulkan pelbagai masalah kepada mangsa yang mendapat beberapa saman polis.

Peminatnya dari seluruh negara terkejut apabila mendapati model itu sebenarnya ialah wanita transgender.

Kanokyada ‘Qa-nan’ Jitampon, 26, ialah seorang model seksi yang terkenal di media sosial Thailand.

Namanya melonjak selepas dia cuba menjual telefon iPhone 12 Pro Max lamanya yang mengandungi gambar dan video seksinya. Perang bidaan berlaku dan seorang peminat menawarkan harga lebih 40,000 baht (RM5,061) untuk telefon itu.

Model terkenal Thailand ini rupanya seorang'mak nyah'

Ramai peminat percaya dia adalah wanita sejati, begitu juga agensi-agensi yang mengupahnya untuk mempromosikan produk mereka kerana dia mempunyai kad pengenalan wanita.

Gambar pada kad pengenalan itu tidak kelihatan seperti wajahnya kerana ramai berpendapat manusia berubah dari semasa ke semasa, selain dengan bantuan pembedahan plastik.

Rahsia Qa-nan terbongkar apabila pemilik sebenar kad pengenalan itu, Kanokyada atau Joy, 24, tampil ke hadapan selepas menghadapi pertuduhan polis.

Joy menerima beberapa saman polis kerana tuduhan promosi yang menyalahi undang-undang perjudian online dan alkohol. Joy juga dimaklumkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri bahawa dia mempunyai bil cukai yang besar.

Nama lama Qa-nan ialah Nanyapon Boonmee. Joy teringat Nanyapon mengambil gambar kad pengenalan pada 2015 tetapi tidak menyangka perkara tidak diingini berlaku.

Saluran televisyen Channel 3 berjaya menemu menemu bual Qa-nan. Dia mengaku melakukan kecurian identiti kerana seorang tukang tilik memberitahunya bahawa dia akan bertuah dan berjaya menggunakan nama itu.

Qa-nan menambah, dia secara sah menukar namanya daripada Nanyapon kepada Kanokyada dan menukar nama keluarganya kepada Jitampon, yang tidak sama dengan nama keluarga Joy.

Kanokyada menganggap kesalahan ejaan pada dokumen cukainya mungkin menjadi punca semua masalah Joy. Dia kemudian mendakwa akan membantu Joy untuk menyelesaikan masalahnya.

Joy kemudian memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Qa-nan.

BACA:

Aziz Rahim bebas kes rasuah, ubah wang haram

Reen Rahim umum kahwin lelaki 6 tahun lagi muda, dapat tajaan RM15 Juta

Stadium World Cup di Qatar bakal diruntuhkan selepas pertandingan tamat

CATEGORIES