‘Belajar pengurusan banjir dari Kemaman’ – Pemuda ini kongsi pengalaman

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

‘Belajar pengurusan banjir dari Kemaman’ – Pemuda ini kongsi pengalaman. Saya orang asal Kemaman. Tahun ini mangsa banjir Kemaman yang berpindah ke PPS adalah sekitar 10 ribu orang – paling buruk antara 8 daerah di Terengganu. Tetapi tidak seburuk 2014 yang mana ketika itu 32 ribu rakyat Kemaman terjejas.

Cuma pada 2014, keadaan operasi bencana sangat tersusun. Tak pernah berlaku dalam sejarah orang buat simulasi banjir 3 bulan sebelum banjir. Kemaman saja yang buat. Sampai DS Najib Razak ternganga tengok persediaan banjir daerah kami.

Kredit ketika itu adalah kepada DS Shabery Cheek (MP Kemaman) dan Hakim Wan Mokhtar (Adun Air Putih). Persediaan fizikal banjir dibuat 9 bulan sebelum banjir benar-benar berlaku. Mesyuarat Pra Banjir dibuat seawal awal tahun.

69 pusat perpindahan yang boleh memuatkan 40 ribu mangsa disediakan. Stok bekalan makanan disimpan awal untuk kegunaan 6 hari supaya tiada rakyat kelaparan

3 buah tempat mendarat helikopter (heli-pad) dibina di kawasan tinggi bagi memudahkan pemindahan rakyat. 30 pencawang Telekom dinaikkan supaya talian telekomunikasi tidak akan terputus ketika banjir. Malah genset tambahan dipasang (bekalan elektrik) supaya mangsa banjir boleh berteduh dalam keadaan selesa.

'Belajar pengurusan banjir dari Kemaman' - Pemuda ini kongsi pengalaman

Dibina juga pusat kawalan khas untuk polis, tentera dan bomba supaya operasi bencana tersusun sepanjang masa

Sistem alert melalui SMS (ketika itu whatsapp belum popular) diaktifkan kepada bakal-bakal mangsa yang tiada kenderaan untuk dipindahkan ke pusat banjir apabila paras sungai telah mencapai tahap merbahaya. Sebelum itu pula, pamplet dan SMS sentiasa berlegar bagi memastikan rakyat Kemaman tahu apa yang perlu dibuat dan ke mana harus kami pergi apabila keadaan bencana tiba

Tahun itu, Kemaman dan Kelantan sama-sama banjir. Tetapi hanya di Kemaman tiada kes rakyatnya terpaksa lari ke kawasan bukit untuk menyelamatkan diri. Kerana kebanyakan rakyat sudah tiada di rumah sebelum sempat badai banjir sampai ke tangga.

Kemaman adalah gold standard dalam pengurusan banjir – sesuatu yang tidak pernah dicapai daerah lain di negara ini ketika itu.

Belajarlah daripada Kemaman. Ketika rakyat susah, kita bersedia.

Bukan bercuti di luar negara

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu

BACA:

Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90

Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar