Tiga cikgu taska ditahan dera bayi sampai koma

Oleh GEMILANGDAILY

Tiga cikgu taska ditahan dera bayi sampai koma. Tiga pekerja sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), di sini, ditahan selepas dipercayai terbabit mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan sehingga koma di taska berkenaan, Rabu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata tiga suspek terbabit wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan yang terletak di Batu Buruk, di sini, petang semalam.

Katanya, tangkapan terhadap semua suspek terbabit dibuat selepas polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa berusia 29 tahun di IPD Kuala Terengganu pada Rabu lalu.

Tiga cikgu taska ditahan dera bayi sampai koma

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai perubatan mendapati, berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.

“Susulan itu, tiga suspek terbabit ketika dipanggil memberi keterangan menafikan kejadian itu selain keterangan mereka meragukan.

“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan dipercayai terdapat unsur-unsur jenayah.

“Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala.

“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma dan dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan PDRM Terengganu Januari 2023 di Pekarangan IPK Terengganu, di sini, hari ini.

Katanya, semua suspek terbabit ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

BACA JUGA :

Sol dan Ira: ‘Ulasan Sajat paling bernas!’ – Netizen

Penjawat awam kena cekup di rumah janda cantik, “baru kenal di Omi”

PDRM umum beri diskaun 50 peratus saman trafik, pergi claim sekarang