Ini tokoh perkuburan Al- Baqi yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Ini tokoh perkuburan Al- Baqi yang ramai tak tahu. Perkuburan Baqi’ mengambil nama al-Baqi’ yang bererti taman pepohonan. Dalam erti kata lain, Baqi’ bermaksud tempat tumbuhnya pelbagai jenis pohon. Kawasan perkuburan itu dahulu banyak ditumbuhi pohon berduri bernama al-Gharqad iaitu pohon berduri yang sangat besar.

Menurut sejarah selepas penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah pada 622 Masihi selepas diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun, tarikh 1 Muharam sehingga sekarang diingati sebagai Awal Muharam untuk memperingati hari kebesaran Islam.

Bagi penulis, selain menziarahi makam Rasulullah di dalam Masjid Nabawi, berjalan melalui kawasan perkuburan Baqi’ turut memberi kesan yang amat mendalam di hati.

Ini tokoh perkuburan Al- Baqi yang ramai tak tahu

Terasa kesayuan ketika menyelusuri kawasan perkuburan tersebut yang turut menyemadikan ahli keluarga dan 10,000 sahabat baginda kerana terkenang pahit getir, kepayahan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui Rasulullah dan para sahabat semasa menegakkan syiar Islam.

Difahamkan jenazah pertama disemadikan di perkuburan ini ialah sahabat dari golongan Ansar bernama Asa’ad bin Zararah.

Manakala golongan Muhajirin pertama ialah Uthman Mahzun.

Sahabat Rasulullah yang terkenal disemadikan di sini ialah Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan, isteri-isteri dan putera Rasulullah, jasad Imam Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas turut disemadikan di sini.

Antara kelebihan seseorang yang meninggal dunia di Madinah ialah dia mendapat syafaat Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.

Namun tiada nas daripada al-Quran dan hadis yang secara khusus menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan di Madinah secara umumnya.

Dalam hadis riwayat Ibn ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berkemampuan meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.” (maksud hadis riwayat al-Tirmidzi: 3917 – Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Selain itu, antara kelebihan lain sekiranya meninggal dunia di Madinah ialah solat jenazah dihadiri oleh jemaah yang ramai di Masjid Nabawi.

Umum mengetahui kota Madinah al-Munawwarah merupakan tanah suci yang menjadi tumpuan umat Islam dan tidak surut daripada dibanjiri ramai orang tidak kira waktu dan hari.

Doa yang dipinta dan dipohon ketika solat tersebut diaminkan oleh jemaah yang ramai yang rata-ratanya daripada kalangan orang yang beriman dan soleh.

Jemaah akan berebut-rebut untuk turut serta mengusung jenazah ke tanah perkuburan Baqi’. Yang menariknya, jenazah akan diusung secara berlari oleh ratusan orang sehingga tiba ke tempat menyemadikan jenazah tersebut sama ada siang ataupun malam.

Berada di Kota Madinah, beribadah, menziarahi makam Rasulullah SAW dan para sahabat, menziarahi pula perkuburan Baqi’ yang menyemadikan keluarga dan 10,000 sahabat Rasulullah, bagi penulis merupakan satu rahmat dan tidak mungkin dapat dilupakan.

Dalam erti kata lain, Kota Madinah, makam Rasulullah serta para sahabat dan tanah perkuburan Baqi’ tetap dekat di hati setiap umat Islam. Ini adalah kerana Kota Madinah bumi kesayangan Rasulullah dan banyak menyimpan sejarah perjuangan Baginda sepanjang hidupnya.

BACA JUGA :

Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?

Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air

Dah masuk usia 40 tahun, ramai terpegun tengok Nora Danish ‘bergetah’ elok