Padah tak bayar gaji, pekerja nekad bakar rumah majikan. Polis menahan seorang lelaki kerana membakar sebuah rumah di Manado, Sulawesi Utara, Khamis lalu, kerana didakwa berang tidak menerima gaji, lapor laman berita Suara.com.
“Suspek, SK, yang berusia 17 tahun ditahan di Jalan Trans Sulawesi, di sebuah restoran di kawasan Sangkup, Bolaang Mongondow Utara,” kata Ketua Perhubungan Masyarakat Balai Polis Sulawesi, Jules Abraham Abast semalam.
Jelas Jules, hasil soal jawab saksi mendapati suspek yang merupakan pekerja kepada pemilik rumah yang bernama Yuli Yana Pesak didakwa sakit hati kerana gajinya tidak dibayar.
“Suspek yang baru bekerja 10 hari mahu berhenti kerja dan meminta gaji, namun majikannya menolak dengan alasan dia bekerja tidak cukup tempoh sebulan,” katanya.
Setelah mendapat laporan mengenai kebakaran itu, polis segera bertindak balas di lokasi kejadian. Suspek yang melarikan diri ke arah Gorontalo ditahan ketika sedang berehat.
“Ketika ini, suspek sudah berada di Balai Polis Manado untuk siasatan lanjut,” katanya.
BACA:
Gaji rendah buat graduan baru dalam dilema
Volvo cipta sejarah pecah rekod jualan di Malaysia
Boleh guna aplikasi power ini jika lupa parking kereta dekat mana