‘Abang ipar dari neraka..’. Aku nak bercerita mengenai suami kakak aku. Patutnya aku gelarkan abang ipar aku tapi aku tak anggap dia abang aku jadi aku cuma gelarkan dia suami kakak.
Kakak baru berkahwin dan sejak dari itu aku tak pernah menerima suaminya sebagai keluarga. Bagi aku dia masih orang luar yang aku anggap tidak layak untuk aku gelarkan sebagai keluarga.
Sebab pertama adalah kerana kakak sendiri. Kakak tidak menyukai teman lelaki aku sehingga kakak pernah bercerita buruk mengenai teman lelaki aku kepada ibu.
Dia hanya mendengar khabar angin mengenai teman lelaki aku dan terus bercerita kepada ibu.
Ibu juga mula menunjukkan bahawa dia tidak menyukai teman lelaki aku kerana cerita-cerita dari kakak.
Bagi aku ini tidak adil kerana selama dia berkawan dengan suaminya, aku juga tidak menyukai suaminya tetapi aku tak pernah berkata buruk mengenai suaminya.
Walaupun aku melihat sendiri perlakuannya. Kerana ketika itu aku beranggapan bahawa apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Tapi bila kakak mula menilai teman lelaki aku melalui luaran sahaja, aku mula merasakan kakak tidak berlaku adil kepada aku.
Sebab kedua adalah apabila kakak sudah berkahwin, aku dapat lihat bahawa kakak dilayan seperti kuli oleh suaminya.
Aku tak tahu bagaimana mereka dia rumah sendiri tapi baru-baru ini kakak berpantang di rumah ibu, jadi aku dapat lihat apa yang dilakukan oleh suami kakak.
Jika suami kakak hendak minum air, dia akan meminta kakak membancuh untuknya, sedangkan kakak sedang dalam pantang dan menjaga anaknya.
Hari cuti dia takkan berada di rumah ibu untuk menjaga kakak dan anaknya kerana dia pernah berkata jika dia menjaga anaknya, anaknya akan menangis.
Bagi aku itu perkara normal kerana anaknya masih bayi, mungkin menangis sebab lapar atau tak selesa.
Kadang-kala aku akan menjaga anaknya dan bagiku anaknya tidaklah secengeng yang suami kakak katakan.
Sebab ketiga adalah layanan suami kakak kepada orang tua. Bagi aku dia melayan orang tua seperti kawan-kawannya sahaja.
Mungkin dia hendak melawak atau bermesra tapi bagiku caranya agak keterlaluan. Seperti tidak menghormati orang tua. Bagi aku suami kakak tidak matang dan agak kebudak-budakkan.
Sebab keempat adalah suami kakak tidak pernah membeli apa-apa makanan untuk keluarga aku.
Aku tidak kisah kerana aku juga mempunyai duit sendiri untuk membeli makanan yang sedap-sedap untuk keluarga aku,
Tapi pernah sekali dia beli makanan tapi dia makan dalam kereta dan bungkusan makanan dia buang di tong sampah dalam rumah.
Husnudzon lah aku mungkin duit dia cukup untuk membeli makanan untuk dia seorang sahaja.
Bukan lah aku minta dia belikan makanan mahal-mahal, kalau beli ayam mentah pun sudah cukup tapi tak usahlah berharap.
Cuma baru-baru ini dia ada membeli lauk. Mungkin kerana lauk yang ibu masak tak kena dengan seleranya lalu dia membeli lauk untuk dia makan.
Sebab kelima adalah bagi aku dia terlalu ingin menunjuk-nunjuk tapi dia tidak mampu. Mungkin dengan cara itu dia boleh flex dengan kawan-kawannya.
Tapi bagi aku untuk apa menunjuk-nunjuk, hiduplah sekadarnya dan semampunya saja. Aku tidak kisah jika dia mampu tapi jika hanya ingin menghabiskan duit kakak, bagi aku itu tidak adil.
Suami kakak juga selalu memuat naik status di media sosial tentang betapa dia menghargai kakak dan anaknya tapi aku lihat depan mataku sendiri bagaimana perlakuannya.
Aku juga tak tahu bagaimana suami aku jika aq berkahwin nanti tapi aku berdoa agar tidak lah berkelakuan seperti suami kakak.
Setakat sekarang, aku lihat teman lelaki aku baik-baik saja perangainya tapi seperti kata orang, jika kita belum berkahwin dengan seseorang itu, kita belum kenal perangai sebenarnya.
Aku berharap suami kakak boleh berubah. Perubahan itu bukanlah untuk aku tapi untuk kakak.
Yang Benar,
– Aku (Bukan nama sebenar)
BACA:
Kejam! Mayat dikerat 6 bahagian ditemui tepi lebuhraya PLUS
Duit dalam bank tiba-tiba lesap? Ini cara dapatkannya semula
Netizen musykil filem Pulau boleh lepas tapisan, “seksi habis ni..dah macam cerita mat salleh”