Soalan exam murid sekolah rendah dah macam level universiti, “tak masuk akal lah!”. Selepas mansuh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2021, soalan yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah untuk peperiksaan dilihat semakin sukar.
Tidak hanya pelajar, malah warganet yang sudah dewasa juga tidak memahami apa kehendak soalan sebenarnya.
Soalan sekarang dilihat lebih ke arah pemikiran lateral walaupun dalam subjek matematik.
Dulu, soalan matematik adalah lebih kepada nombor namun sekarang lebih menjurus ke arah teks atau ayat.
Seorang pengguna Twitter KucingKèrong (@KlutzyKucing) memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan kertas soalan pelajar sekolah rendah.
“Soalan untuk budak sekolah rendah katanya. Macam tak masuk akal, pemikiran lateral atau pemikiran sakit mental ni?
“Apa benda boleh dibeli daripada pegawai kerajaan?,” tulis ciapan tersebut.
Kebanyakan warganet membalas jawapan kepada soalan tersebut berkemungkinan adalah nombor plat kenderaan.
Namun ia hanya dapat difahamkan setelah beberapa kali membaca soalan tapi bagaimana ia boleh difahami pelajar sekolah rendah dengan sekali baca.
Tambahan pengetahuan mereka tidak seluas orang dewasa.
Soalan untuk budak sekolah rendah kata nya. Macam tak masuk akal, pemikiran lateral atau pemikiran sakit mental ni? Apa benda boleh dibeli dari pegawai kerajaan? pic.twitter.com/hC9ImJ326g
— KucingKèrong (@KlutzyKucing) January 18, 2023
“Tapi aku rasa dia maksudkan nombor plat kot,” komen @lssalaila
Namun dibalas pengguna @zaravendetta yang menanyakan bagaimana jawapan tersebut berkait dengan matematik.
Buat pengguna lain, dia berkongsi bukan soalan nombor lima sahaja mengelirukan malah soalan-soalan lain juga menyebabkan kekeliruan.
“Bukan kata soalan yang kelima, soalan kotak nombor dua tu pun buat aku pening,” komen @johanlah_.
BACA:
Tak berhenti baby ni nangis dalam flight, sekali pemuda ni buat tindakan paling berani
Duit RM23K tertinggal dalam grab, tak sangka ini ganjaran yang driver dapat sebab jujur