Dah dekat nak bersalin, ibu mengandung kena ‘allert’ 13 senarai barang berpantang ini Selepas bertarung nyawa melahirkan anak kini tibalah masanya untuk si ibu berpantang.
Barang persediaan berpantang ini boleh disediakan oleh si ibu sendiri ataupun dengan bantuan suami dan ahli keluarga yang terdekat. Setiap individu memerlukan barang yang berbeza bergantung kepada keperluan individu tersebut.
Barang Persediaan Berpantang
Untuk memudahkan anda membuat persediaan, sila rujuk perkongsian di bawah.
1. Kain Batik/Skirt
Bagi mudahkan pergerakan anda, sediakan hari beberapa helai kain batik ataupun untuk digunakan terutamanya pada hari-hari terawal anda berpantang.
2. Baju Tidur
Baju tidur yang disyorkan ialah baju tidur yang berbutang hadapan dan berlengan panjang. Ini adalah untuk memudahkan anda menyusukan bayi serta mengelakkan dan kesejukan terutamanya pada waktu malam.
3. Stokin
Sediakan beberapa helai stokin untuk anda gunakan sepanjang berpantang. Pilihlah stokin yang comel-comel untuk membangkitkan mood anda.
4. Tudung Sarung
Sudah pasti ramai yang akan datang melawat anda dalam tempoh berpantang, jadi jangan lupa sediakan sehelai dua tudung sarung untuk memudahkan anda menjaga aurat.
5. Breast Pad
Breast pad digunakan untuk mengelakkan air susu ibu terkena baju sehingga boleh menyebabkan baju basah di kawasan dada. Anda boleh dapatkan breast pad pakai buang ataupun boleh dicuci melalui Shopee. Cari yang jenama Autumnz okay.
6. Breast Relief Thermo Pads
Fungsi breast relief thermo pads ini adalah untuk membantu melegakan bengkak susu. Cara menggunakannya mudah sahaja. Anda perlu memasukkan pad ini ke dalam microwave sebelum digunakan. Cari yang jenama Autumnz juga ya.
7. Krim Untuk Nipple
Krim ini boleh digunakan sekiranya puting payudara anda pedih atau luka. Terutamanya pada masa awal-awal baru bersalin dan menyusukan. Anda boleh dapatkan nipple krim keluaran Mama’s Choice.
8. Bra Menyusu
Sediakan beberapa helai bra menyusu atau nursing bra untuk keselesaan anda semasa menyusukan. Anda tidak perlu menanggalkan bra anda lagi sekiranya menggunakan nursing bra ini.
9. Nursing Pillow
Nursing pillow adalah bantal yang direka khusus untuk memberikan keselesaan kepada si ibu dan juga si bayi ketika penyusuan.
10. Postpartum Mesh Panties
Sekiranya anda bersalin secara czer, seluar dalam ini memang membantu sangat untuk mengelakkan kesakitan pada bahagian bawah anda. Kainnya lembut sangat. Memang selesa kalau pakai. Anda boleh dapatkan postpartum mesh panties jenama Shapee untuk kualiti yang memang terjamin.
11. Bantal Donut
Bantal ini berbentuk bulat dan mempunyai lubang di tengahnya. Ya, persis macam donut. Biasanya bantal ini digunakan untuk duduk bagi mengelakkan luka bekas bersalin sakit terkena permukaan lantai atau kerusi.
12. Bengkung
Pemakaian bengkung bukan sahaja untuk membantu anda mendapatkan bentuk badan yang asal, tetapi ia amat berguna untuk membantu menampung perut dan rahim yang sedang berada dalam keadaan lemah.
13. Set Sariayu Param, Pilis, Tapel
Tak perlu pening kepala, anda beli sahaja set Sariayu ini daripada Shopee. Semua lengkap untuk anda berpantang dengan selesa.
Kesimpulan
Sekiranya mempunyai bajet lebih, anda boleh dapatkan perkhidmatan penjagaan wanita berpantang untuk memudahkan anda melalui hari-hari berpantang anda. Biasanya perkhidmatan ini merangkumi penjagaan ibu dan bayi. Jadi, anda tidak perlu risau apa-apa dah, hanya berehat secukupnya sahaja.
Anda juga boleh Mencari Barangan keperluan di sini
BACA: