Bersatu hasrat mahu jawatan MB Selangor jika menang PRN. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memastikan calon mereka menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika mahu jawatan Menteri Besar diangkat daripada kalangan mereka.
Bersatu juga perlu mendapat persepakatan dengan Pas yang sebelum ini pernah mendakwa menjadi ‘batu loncatan’ kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Selangor iaitu ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, kata salah seorang dari Ketua Bahagian Bersatu di Selangor menurut sumber Utusan.
Sebelum ini PERIKATAN Nasional (PN) yakin mempunyai harapan cerah untuk merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari, menyatakan keyakinan itu berdasarkan tinjauannya di negeri berkenaan dan perkembangan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas, berharap pengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang ‘tertipu’ dalam PRU-15 akan beralih undi kepada PN.
“Alhamdulillah selesai tinjauan di Selangor, harapan cerah untuk rampas kerajaan negeri di dalam PRN.
“Pengundi BN yang tertipu kononnya BN tidak bekerjasama dengan PH, silakan undi Perikatan Nasional. Begitu juga pengundi PH yang benar-benar percaya bahawa undi PH bermakna tolak BN, pun rasa tertipu, silakan undi PN.
“Kali ini, insya-Allah Selangor kita tawan! BN-PH kedua-duanya kita kalahkan sekaligus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Komposisi kerusi kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika ini adalah terdiri daripada PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Pejuang masing-masing dua manakala Pas, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Terdahulu Rafizi Ramli dalam kenyataannya di Konvensyen Pilihan Raya PKR Selangor pada 14 Januari lalu, berkata PH dan BN berpotensi untuk menawan 53 daripada 56 kerusi DUN Selangor jika bergabung dalam PRN akan datang.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, dapatan diperoleh berdasarkan keputusan PRU-15 lalu dengan undi di 40 DUN memihak kepada calon Parlimen PH.
BACA:
Kecoh penemuan toyol dalam botol kecil – “macam bayi kecil, merah lagi..”
Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta