Ada ‘Kad Merah’, masuk hospital kena bil RM20,000 pun relaks je tak perlu bayar

Ada Kad Merah masuk hospital kena bil RM20000 pun relaks je tak perlu bayar

Ada ‘Kad Merah’, masuk hospital kena bil RM20,000 pun relaks je tak perlu bayar. Seorang lelaki bernama Noorshafry telah berkongsi pengalamannya yang tidak perlu membuat sebarang pembayaran walaupun telah menjalani rawatan perubatan yang sepatutnya memakan belanja tinggi, hanya disebabkan tabiatnya yang suka menderma darah

Masalah kesihatan yang dialami Noorshafry telah menyebabkan dia dimasukkan serta ditahan di dalam wad selama 35 hari disamping menjalani 6 kali pembedahan.

Noorshafry yang merupakan penderma darah tegar telah menjadikan ianya satu kebiasaan buat dirinya untuk menderma darah setiap 3 bulan sekali.

sajagempak.com – Untung Orang Yang Punya Kad Merah ini, Bil Hospital Hampir RM20,000 Pun Tak Perlu Bayar Sesen

Tanpa disedari, rutinnya itu akhirnya membuahkan hasil dan pada masa yang sama telah menyelamatkan dirinya apabila dia mendapat pengecualian penuh daripada membayar bil keseluruhan rawatan hospitalnya, semua gara-gara sekeping buku merah lusuh yang ada dalam simpanannya.

 

Baca perkongsian penuh di bawah:

Assalammualaikum.

Ni nak cerita kebaikan buku merah.

Ada'Kad Merah', masuk hospital kena bil RM20,000 pun relaks je tak perlu bayar

35 hari dalam wad dan 6 kali pembedahan. Akhirnya saya dibenarkan pulang oleh doktor selepas penyakit dah beransur pulih. Cuma jantung pula rasa aktif lebih daripada biasa bila ke kaunter HASIL.

Jumlah keseluruhan adalah RM 19,713.00 manakala jumlah yang perlu dibayar dan subsidi dari kerajaan adalah RM 878.00.

Saya pun hulur buku merah ini pada kaunter, “Puan, buku merah saya ini boleh membantu saya ke untuk dapatkan diskaun?”

Selepas sahaja pegawai kaunter itu membelek buku merah saya. Terus dia print bill yang lain sambil tersenyum dan berkata, “Encik tak perlu bayar apa-apa pun.”

Waktu itu saya rasa amat terharu dan sujud syukur, “Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Harapan saya selepas ini adalah supaya sahabat-sahabat saya yang baca kisah saya ini boleh buat apa yang saya lakukan iaitu derma darah sekali setiap 3 bulan.

sajagempak.com – Untung Orang Yang Punya Kad Merah ini, Bil Hospital Hampir RM20,000 Pun Tak Perlu Bayar Sesen

Lama-kelamaan dapat meringankan beban kita bila kita terima rawatan di hospital nanti. Anda tidak akan menyesal. Jom derma darah!

Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah sebagai satu rutin setiap 3 bulan, kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya!

Keistimewaan derma darah:

 

sajagempak.com – Untung Orang Yang Punya Kad Merah ini, Bil Hospital Hampir RM20,000 Pun Tak Perlu Bayar Sesen

Best kan keistimewaan yang diperoleh sebagai seorang penderma.

BACA:

Gadis lalui detik cemas kena tahan 4 lelaki india dalam kereta, rupanya dia nak buat benda ni

Lelaki ini sanggup pura-pura pergi kerja setiap hari, takut nak beritahu isteri dah ‘jobless’

CATEGORIES