Ahli PAS tak setuju Sanusi jadi MB Kedah?

Ahli PAS tak setuju Sanusi jadi MB Kedah?

Beberapa hari ini tular tangkap layar dari whatsap berkaitan perlantikan Menteri Besar Kedah.

Melalui sembang di whatsap menampakkan macam dikalangan ahli parti Pas tidak bersetuju sekiranya YB Sanusi diangkat sebagai MB Kedah?

Antara sembang yang sempat ditangkap layar:-

A: Ust Ya betul ka Sanusi akan jadi MB

B: Dengaq kata macam tu la kot

A: Tu sy malaih nk aktif macam dulu, perangai xubah

Zaman kita perintah dulu dia besar terajang org, kes balak semua dia atoq

B: Ya ka…sabaq sabaq

A: Dok geram kitabhat bawa dok lagu ni la jd balaci, pikiaq sangat bawah

B: Tanpa sabaq la…Perjuangan kena istiqomah

A: Bg org lain MB jgn bg PKR dan Bsatu tu sudah, kita buat mcm Kelantan baqu (baghu) nama Islam.

B: Dah dah sabaq banyak²

Nanti kita sambung lain

Nak ceritanya inilah perangai dan sikap ahli parti Pas dalam berkawan. Siapa yang pernah bersama dengan parti ini telah merasainya.

Ada ahlinya boikot calon sehingga tak keluar mengundi malah tak buat gerak kerja langsung disebabkan tak puas hati dengan calon.

Lihatlah ada dikalangan mereka sanggup kerusi MB biar dapat kat dia tapi jangan orang tu atau dari PKR dan Bersatu. Sedangkan PKR dan Bersatu tu lah yang bawa parti itu untuk mentadbir negeri Kedah.
Sesama dia pun dia tak bersetuju.

Siapa yang dah biasa bekerjasama dengan parti itu berhati-hatilah.