Annuar Musa kata ‘boleh berkawan dengan DAP’, dedah Puad Zarkashi

Annuar Musa kata ‘boleh berkawan dengan DAP’, dedah Puad Zarkashi

Taksub betul Tun Faisal terhadap Annuar Musa sampai tidak berani komen kenyataan Bossdia mengenai DAP.

Ini ayat Annuar Musa yang dipetik daripada video tersebut…”Sebagai sebuah parti politik, kita tidak boleh fanatik. Kita tidak boleh rigid. Sebenarnya UMNO boleh bekerjasama dengan mana mana parti politik hatta DAP sekiranya ada titik pertemuan persamaan. Kita mesti melihat ke depan mungkin kita perlu bekerjasama dengan DAP. Kita boleh sahaja bertaawwun jika ada titik persamaan. Hatta DAP, kalau DAP boleh declare mengiktiraf semua yang UMNO perjuangkan, hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu, soal Bahasa Melayu, soal Islam sebagai agama Persekutuan, kalau DAP menyokong semua yang diperjuangkan oleh UMNO, kita sedia menyokong DAP”.

Tetapi Tun Faisal kata itu video lama. Tidak lama pun. Dirakam pada bulan Ogos 2018. UMNO baru hilang kerajaan. Masa itu Annuar bukan lagi Menteri.

Sekarang berani lagi cakap macam itu? Haram tidak berani. Hilanglah jawatan Menteri. Mesti senada dengan PN. Dia pun anggota C5.

Tetapi lama atau baru, ia tetap sama. Orang yang membunuh 30 tahun lalu tetap pembunuh bila bukti baru ditemui. Video itu adalah bukti Annuar Musa kata “boleh berkawan dengan DAP”. Ia tetap relevan.

Ia sama dengan bukti “pen drive” isu penajaan Red Warrior oleh MARA ketika Bossdia jadi Pengerusi MARA. Tun F paling kuat kecam Bossdia masa itu pasal kes ini. Sekarang?

Sebab itu nak tanya Tun F di mana salahnya hujah Annuar Musa mengenai DAP seperti di atas. Munafik ke dia? Saya kata tidak. Cuma dia takut. Takut kena political persecution.

Yang salah, Annuar bercakap begitu ketika dia bukan lagi Menteri. UMNO pun hilang kuasa. Tetapi bila sudah jadi Menteri PN, nadanya berubah. Dia pusing. Tun F pun pusing.

Sejujurnya hujah Anwar Musa mengenai DAP itu adalah wajar. Dia sebut perkara untuk masa akan datang. Kalau ada titik persamaan apa salahnya bekerjasama. Bukan UMNO mahu ubah prinsip.

Bila Nabi SAW buat perjanjian dengan golongan Yahudi (Bani Ghathofan) apakah orang Islam menukar aqedah?

Samalah juga bila kita bekerjasama dengan DAP bukan bermaksud kita mengubah agenda perjuangan Melayu dan Islam. Apatah lagi menukar aqidah.

Keutamaan kita ialah “political gain” bukan “political sentiment”. Ada orang menjadikan sentimen sebagai prinsip. Dia bermain sentimen kononnya dia nasionalis, Islamis dan berprinsip. Tetapi dari segi tindak tanduk dia petualang dan penjual bangsa.

Bila Nabi SAW tangguh umrah kerana perjanjian Hudaibiah, apakah ia merugikan golongan Islam

Ketika itu Rasulullah dan para sahabat sudah pun berpakaian ihram dan melakukan pantang larang ihram. Bila tangguh umrah apakah ia kerugian besar. Rupanya lagi banyak manfaat untuk Islam.

Keutamaan kita ialah political gain bukan political sentimen. Dalam konteks DAP semua mahu bercakap soal prinsip. Sebenarnya itu sentimen politik sahaja.

Cakap berdegar degar tetapi bila ada kuasa dan jawatan dialah yang paling liberal dan petualang. Bab mentafsir Al Quran memang first class. Kalah ustaz Kadzim.

Sebab itu saya hairan kenap Tun Faisal tidak berani komen peruntukan yang Bossdia terima dari KKMM untuk projek “Malaysia for all”. Tun F kata kalau duit tersebut bagi pada dia sebagai “raja media sosial” dia boleh buat lebih baik.

Dia mendabik dada kononnya dia adalah jaguh media sosial JASA yang tiada tolok banding. Dia adalah panglima besar JASA. Kononnya dia paling berani dan berprinsip.

Dia juga puji dirinya sebagai mutiara paling mahal di JASA. Patutlah dia tuduh Ku Nan Ketua Bahagian yang tidak tahu mana jauhari, yang mana maknikam. Dia kata, Ku Nan menang di Putrajaya kerana gerak kerjanya.

Tidak sangka pula dia tuduh saya penganut sosialis? Maksudnya saya bertuhankan Karl Marx? Jangan pula nanti saya dituduh komunis bila bekerjasama dengan DAP.

Dia tuduh saya lari dari Brunei. Takkan umur 15 tahun saya jadi pengganas. Saya rakyat Malaysia. Mestilah balik Malaysia untuk ambil periksaan LCE/SRP. Brunei tidak ada LCE.

Sudah tentu tuduhan itu atas consent Bossdia Annuar Musa. Maklumlah kami sering berbeza pendapat . Cuma Annuar Musa tidak rajin menulis. Maka Setiausaha Akhbar kena tulis.

Cuma pesan saya kepada Annuar Musa, Tun Faisal berpotensi menjadi “Amhari 2.0”.

Sumber :