Bagaimana 114 kerusi disusun sedangkan MP Sri Aman tak sokong PN?

Bagaimana 114 kerusi disusun sedangkan MP Sri Aman tak sokong PN?

Macamana Menteri yang jaga Hal Ehwal Parlimen menjalankan tugas? Sebelum persidangan bermula tak tengok ke persiapan.

Mustahil susunan kerusi bagi memisahkan blok kerajaan dan pembangkang disebabkan Covid-19 tak reti nak bezakan.

Adakah Menteri nak menunjuk yang kerajaan mempunyai 114 ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin dan dilaporkan oleh media-media rasmi. Maka makcik Kiah dan Pak Salleh terus yakin dan percaya kerajaan ini mempunyai majoriti yang cukup?

Ini tak pasal-pasal Ahli Parlimen Seri Aman Sarawak mengeluarkan segera kenyataan media yang dia sebenarnya bukan penyokong kerajaan PN? Kan dah malu…..

Kenyataan YB Ahli Parlimen Seri Aman Sarawak;-
Sumber: https://m.facebook.com/groups/252738678130642?view=permalink&id=3802583446479463