Baru ditayang, Brunei dah haramkan filem Talbis Iblis

Baru ditayang, Brunei dah haramkan filem Talbis Iblis. Penerbit filem Talbis Iblis, Gayatri Sulin Pillai menghormati keputusan kerajaan Brunei yang mengharamkan tayangan filem terbabit di negara mereka.

Gayatri yang mewakili Infinitus Gold, berkata, setiap negara mempunyai proses penapisan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan dan mereka akur dengan keputusan ini.

“Kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan.

“Setiap negara mempunyai peraturan dan kriteria serta garis panduan yang sudah ditetapkan. Jadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam filem tidak memenuhi kriteria terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kerajaan Brunei mengharamkan tayangan filem seram arahan Khabir Bhatia di negara itu tanpa memperincikan butiran lanjut.

Baru ditayang, Brunei dah haramkan filem Talbis Iblis

Perintah larangan ini hanya diketahui apabila Times Cineplex Brunei memuat naik makluman dalam Instagram.

Ia memaklumkan filem ini tidak disiarkan kerana tidak menepati piawaian penapisan filem di negara itu.

“Maaf semua! Talbis Iblis tidak akan ditayangkan di sini disebabkan tidak lulus penapisan,” tulisnya.

Sementara itu Kabir berkata, dia tidak pasti mengapa filem ini diharamkan tayangan di negara terbabit.

“Mengharamkan filem sebegini, saya rasa tiada alasan sebenar untuk melakukannya.

“Ia bukan dalam erti kata global, tetapi jika mereka mempunyai set peraturan sendiri dan seseorang menerangkannya kepada saya, maka saya boleh memberikan reaksi berbeza.

“Sebaliknya tidak salah untuk filem ini diharamkan jika ia atas sebab yang betul, contohnya ia menakutkan,” katanya.

Menurutnya jika ia sensitif, pihaknya perlu tahu supaya boleh cuba mengelak daripada mempunyai bahan untuk potongan mereka pada masa hadapan.

“Maksud saya bahan yang sensitif terhadap penapisan mereka. Ia boleh dielakkan jika kita tahu apakah parameternya,” katanya.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment ini mula menemui penonton di pawagam seluruh negara pada hari ini.

Talbis Iblis menampilkan pelakon Nasha Aziz, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi.

Terdahulu, bulan lalu, Kabir memaklumkan, filem ini menerima reaksi memberangsangkan semasa ditayangkan sempena Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali, selain Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 serta Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.

BACA:

Semua jenis ubat sirap dan cecair diharamkan Indonesia selepas ada kes kematian

Aaron Aziz mengamuk! “Korang ingat aku kafir ke?”

Gaduh berebut tempat duduk kereta, adik maut kena pisau dibaling kakak sendiri