Bekas Panglima Angkatan Tentera kini Ketua Fasilitator kerajaan

Bekas Panglima Angkatan Tentera kini Ketua Fasilitator kerajaan. Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Zulkilfi Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Zulkilfi, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang tamat perkhidmatan sebagai ketua fasilitator pada 31 Disember 2022.

Mohd Zuki berkata, kerajaan amat yakin Zulkifli berupaya merealisasikan misi berkenaan dengan baik, berkesan dan mencapai dampak positif serta signifikan demi negara, berbekalkan pengalaman luas sebagai bekas PAT sebelum ini.

Baca Artikel Penuh