“Berani Ira Kazar datang komen dalam posting Syamsul Yusof”

Oleh ISMAIL YAHYA

“Berani Ira Kazar datang komen dalam posting Syamsul Yusof”. Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini nama pengarah popular, Syamsul Yusof sering menjadi tumpuan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku pada ketika ini bersama dengan pelakon, Puteri Sarah selepas bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Bukan itu sahaja, khabar berita mengenai perkahwinan kedua Syamsul itu telah membuat ramai orang tidak berpuas hati kerana kasihan dengan nasib yang menimpa kepada isteri pertamanya yang terpaksa menanggung kesedihan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan memfailkan penceraian pada Isnin lalu.

Malah, penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

 

"Berani Ira Kazar datang komen dalam posting Syamsul Yusof"
Namun begitu, baru-baru ini, nama Ira Kazar pula menjadi perhatian netizen gara-gara dia meninggalkan sebuah komen di sebuah hantaran suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, netizen mendakwa isteri kedua Syamsul itu telah memberi komen ‘holla-holla’ di sebuah hantaran namun, dipercayai dipadam oleh Syamsul bagi menggelakkan sebarang kecaman terhadap dirinya.

Ira sengaja cari perhatian?

“Berani Ira Kazar datang komen dalam posting Syamsul Yusof”

Bahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Ira bertindak sedemikian sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai di media sosial.

Netizen puas hati komen Ira dipadam!


Bagaimanapun, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen Ira itu dipercayai telah dipadam oleh Syamsul dan memaklumkan supaya Ira kekal mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Sekadar info, Syamsul telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan oleh bapa wanita itu sendiri iaitu Kazar Saisi.

BACA:

Isteri Tun Daim meninggal dunia

Gaji tertunggak dah lama, pemain liga Malaysia terpaksa jual rumah dan kereta

Ini tiga cara yang anda boleh buat selain keluarkan duit KWSP