Berdekah tengok gelagat kucing tidur lena walaupun badan kena simbah air. Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.
Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.
Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.
Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @nrlfrhnnaa memaparkan seekor kucing yang popular nyenyak tidur.
Apa yang mencuri perhatian ialah gelagat kucing tersebut yang masih dibuai mimpi walaupun badannya basah kerana telah terkena air, tidak seperti kucing-kucing lain yang begitu takut dengan air.
“M4ngsa banjir tak sedarkan diri,” tulis @nrlfrhnnaa di ruangan kapsyen.
Video:
@nrlfrhnnaa 😅 #fypシ ♬ bunyi asal – Nurulfarhana Nurulfarhana – nrlfrhnnaabeauty
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 583.2k tontonan, 57.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.
BACA:
Berdekah tengok gelagat kucing tidur lena walaupun badan kena simbah air
Leona dikecam pakai iras ‘porn star’ sempena Halloween
Pemuda terkejut jumpa satu keluarga dalam guni dihanyut sungai