Buku Tommy Thomas hanya ambil kira satu sisi pandang

Buku Tommy Thomas hanya ambil kira satu sisi pandang

Ini Ulasan Ds Anwar terhadap Memoir Tommy Thomas.. bagi aku ulasan Ds Anwar cukup baik.. Meraikan dan mengkritik beberapa sisi pandang buku memoir Tommy Thomas..

Ds Anwar sendiri mempertikaikan dan mengkritik pandangan Tommy Thomas, Ada beberapa bab terutama bila Ds Anwar membela Tun Razak dalam tuduhan Tommy Thomas sebagai perencana rampasan kuasa dan juga melibatkan institusi pejabat peguam Negara..

Kata Ds Anwar..Banyak dari persoalan ditimbulkan hanya selepas membuat sangkaan ataupun Tuduhan.. maksudnya Anwar sendiri mengakui dalam penulisan Tommy Thomas ada sangkaan yang tidak berasas dan benar..

ada ketika Tommy Thomas hanya memandang kepada satu sisi pandangan, terutama peristiwa 13 Mei.. Soal Perkauman sehingga terlepas pandangan pada soal Perkauman pada sisi yang lain itu aku setuju dengan Ds Anwar.. itu sebab PAS pun pertikai kenapa Tommy Thomas tak menyentuh kes Lim Guan Eng..dan ada menyentuh kes yang ketika ini masih dibicarakan.. Bagi aku, Itulah memperlihatkan Kecenderungan kefahaman dia kepada Politik.. itu hak dia..kita pulak berhak berbeza pandangan..

Itulah yang aku tulis sebelum ini.. Buku Tommy Thomas hanya mengambil kira satu sisi pandang.. maksudnya itu pandangan dia..Bukan soal kejadian itu betul atau tidak.. Itu sebab aku sendiri berbeza dgn Tommy Thomas dalam pertikaian padangan dalam soal transisi dan Peralihan..

Situasi peralihan Tunku kepada Tun Razak..hatta Tun kepada Paklah adalah berbeza pada sudut majoriti yg diperoleh.. Realitynya berbeza..bukan soal Proses atau Undang2… Ketika itu UMNO mendominasi suara dalam Dewan Rakyat dan Politik.. jadi duluan Tun Razak dan transisi kepada Paklah tidak boleh diguna pakai dgn apa yg berlaku pada febuari tahun lepas…

Cuma aku berbeza sudut pandangan dengan Ds Anwar dalam hal Dharurat dan peranan Tun Razak.. aku bersetuju dengan Tommy Thomas.. Biarpun aku mengakui seperti kata Ds Anwar..Tommy hanya buat tuduhan dan Sangkaan tanpa Bukti..

Aku lebih cenderung sejak awal.. aku pernah tulis ada peranan Tun Razak dalam tindakan dharurat dan desakan Tunku meletak jawatan dengan sentimen Perkauman…. Ia seakan sama situasi Politik hari ini… Dan aku percaya orang yg main peranan adalah dari keturunan dan cara strategi yg sama…

Jadi itulah Politik.. yang kita hadapi peristiwa yang sama..tetapi sudut pandang dan Ijtihad Berbeza…

Ipohmali