Covid-19 : Kes positif di Sabah dijangka meningkat mendadak esok

Covid-19 : Kes positif di Sabah dijangka meningkat mendadak esok

Bilangan kes positif COVID-19 di daerah Kota Kinabalu dijangka akan meningkat secara mendadak bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia susulan saringan kes yang melibatkan banduan dan kakitangan di Kompleks Penjara Kota Kinabalu di Kepayan.

“Kluster baru yang kita kenali sebagai Kluster Kepayan ini, kes positif melibatkan kluster ini akan meningkat secara mendadak bergantung kepada ujian COVID-19 banduan yang berada di penjara Kepayan.

“Mengikut laporan awal dan kajian yang dibuat kalangan banduan, hampir 60 peratus setakat ini adalah positif.

“Jumlah banduan tempatan di penjara terbabit seramai 2,700 orang dan selepas semua disaring dan sekiranya kes positif tinggi maka ia secara langsung akan menyumbang kepada peningkatan kes yang tinggi di Kota Kinabalu,” katanya dalam sidang media harian di Kota Kinabalu pada Rabu.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-kes-positif-di-sabah-dijangka-meningkat-mendadak-esok-masidi-264645