Cukup-cukuplah politik perkauman, perpecahan dan lompat katak

Cukup-cukuplah politik perkauman, perpecahan dan lompat katak

Tadi sis baca,Najib cakap nak selesaikan kemelut politik dengan bubarkan Parlimen kembalikan mandat rakyat.Habis tu PRU14 siapa yang beri mandat pada PH? Siapa yang tak boleh terima kenyataan dari tahun sebelum dah rancang itu ini? sis pun bukan duduk bawah tempurung tak
bercampur sana sini.

Mungkin kenyataan sis nampak bodoh dalam politik.Tapi sis nak cakap SEBENARNYA yang harus berubah adalah pemimpin-pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang.Buat PRU lepastu 3,4 bulan tebuk atap lagi.Kau fikir sihat ke situasi ni baik untuk BN ke PN ke PH ke? Ni ke cara politik yang kita nak wariskan akan datang? cukup-cukuplah sebelum ni diwariskan politik perkauman dan perpecahan.Takkan kali ni nak diwariskan politik katak?

Pengundi sepatutnya jadi pengundi bijak.Si katak yang suka lompat ni benamkan je dalam PRU akan datang.Mereka bukan ikhlas berkhidmat untuk kita rakyat.Yang dipentingkan adalah kedudukan dan pangkat. Berpolitik sehingga lupa mengapa rakyat undi mereka sebagai pemimpin.

Sebenarnya sis nak cerita sis marah gila bila buka laptop nampak kertas kerja lama.Jadi marah dengan situasi politik sekarang.Sebab apa? haritu bagi duit raya kat kawasan orang susah..budak-budak ni jumpa sis..”akak akhir tahun jangan lupa ya kita pergi jalan”. Kalau jadi insyaallah ni tahun ke-3 sis nak bawa budak susah dan miskin ni keluar dari kepompong hidup dia..buka mata,supaya dia tahu dengan pelajaran dengan ilmu dia boleh ubah kehidupan.Kita bagi derma makan mungkin dia kenyang, tapi bawa keluar dari kepompong dan memotivasikan mereka sis percaya dapat jadikan mereka manusia yang berjaya.

Kalau kau kaya memanglah mana heran pantai ke,zoo ke..ni ada zoo pun tak pernah jejak, pantai pun tak pernah tengok walau umur 12 tahun.Tahun lalu dengan kos RM8k je sis boleh bawa 30 orang budak berjalan naik bas keluar dari Johor 3 hari 2 malam.Duduk tempat selesa,makan sedap, ajar mereka dan dedahkan mereka pada banyak
ilmu.

Tapi sebab mangkuk-mangkuk yang tebuk lompat sana sini..kertas kerja sis untuk budak miskin,program kanak-kanak banyak tersangkut. Hujung-hujung, akhir tahun ni sis cuba usaha tunaikan janji bawa jalan tapi tukar tempat. Mungkin bawa mereka ke ladang lembu,kambing dan ayam
turkey berhampiran jelah untuk belajar, kalau covid berakhir.Sebab tu sis cakap yang perlu ubah adalah sikap mereka pemimpin yang di undi.PRU berkali sekalipun kalau mengatak je kerja kau.Orang lain tetap jadi mangsa.Ni baru satu perkara..belum
perkara lain yang rakyat biasa jadi mangsa.

Sumber: