Dakwaan bergaduh besar dengan Zahid, ini respon Ismail Sabri. Hubungan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sering dipertikaikan dan dikatakan mereka tidak ‘sebulu’.
Mereka dikatakan ada konflik kerana Ismail Sabri hanya Naib Presiden parti dan memegang jawatan Perdana Menteri yang tidak ada kuasa dalam parti seperti tradisi sebelum ini, Perdana Menteri adalah Presiden UMNO.
Ada yang mendakwa sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak ‘mendengar’ pandangan UMNO yang dipimpin oleh Ahmad Zahid, termasuk segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.
Namun, Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang konflik dengan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Beliau juga berkata, dakwaan kononnya UMNO berpecah antara kumpulan beliau dan Ahmad Zahid juga tidak benar.
“Saya dengan presiden ‘ngam’. Presiden dengan saya tidak ada isu. Saya kenal presiden sudah lama, waktu saya sekolah (belajar di universiti) lagi. Presiden dan abang saya pun kawan baik. Dia bersama di Universiti Malaya, rakan sebilik.
“Saya kenal dia sudah lama. Dengan isteri dia lama saya kenal sampai sekarang pun rapat. Jadi, tidak timbul isu. Isu peribadi tidak timbul. Perpecahan dalam UMNO pun tiada.
“Orang luar sahaja yang bercakap soal perpecahan dalam UMNO ini,” katanya dalam temubual bersama media sempena setahun pentadbiran beliau.
Ismail Sabri berkata, pertemuannya dengan lima pemimpin tertinggi dalam UMNO atau ‘top five’ sering diadakan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan hala tuju parti.
‘Top five’ mungkin sebulan sekali mesyuarat. Kalau saya ada masa, celah antara program itu saya ada masa, saya akan pergi ke rumah dia. Saya sendiri seorang pun pergi berjumpa dengan dia.
“Saya bukan jenis bercerita dekat luar atau buat sidang media bila saya ke rumah presiden. Jadi sebab itu kadang-kadang ia perjumpaan peribadi. Jadi tak timbul isu. ‘Top five’ kalau mesyuarat pun dalam keadaan yang sangat baik.
“Jadi kalau ada yang kata saya mahu lanjut kes (mahkamah) dia sampai dia kena (disabit bersalah), tak kena (bebas), itu kita pun tak tahu, sebab mahkamah yang buat keputusan,” katanya.
BACA:
Kak Lina sekolahkan wartawan, ‘ambik kau sekali kena..’
Akhirnya Neelofa minta maaf kepada Elisya Sandha, “saya tak fokus masa taip..”