Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda

Elfira Loy bimbang lagu Wednesday boleh sesatkan anak muda. Risau terpesong, pelakon Elfira Loy melahirkan rasa bimbang melihat ramai generasi muda melakukan cabaran tarian Wednesday yang kini menjadi ikutan dalam media sosial.

Elfira, 29, dalam satu perkongsian Instagram berpendapat tidak bagus sekiranya membiarkan generasi muda terus hanyut dengan hiburan yang menyesatkan sebegitu.

Hal ini kerana katanya, lagu Bloody Mary yang digunakan sebagai latar tarian tular berkenaan mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan dan agama lain.

Baca Artikel Penuh