Fatin Afeefa dah selamat kahwin dengan jutawan? Ramai ucap tahniah

Oleh GEMILANGDAILY

Fatin Afeefa dah selamat kahwin dengan jutawan? Ramai ucap tahniah. Pelakon Fatin Afeefa dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsi berita itu di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 33, mengucapkan tahniah kepada aktres itu selain turut berkongsi video dia sedang menyiapkan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28 yang menggunakan khidmatnya.

“Fatin Afeefa, congrats dear,” katanya ringkas.

Alha berkongsi berita gembira itu di instastory.

Alha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di instastory miliknya.

Fatin Afeefa dah selamat kahwin dengan jutawan? Ramai ucap tahniah

Usahawan kosmetik itu turut memuat naik foto Fatin memakai busana rona putih dan mengucapkan terima kasih kerana memilihnya sebagai jurusolek di hari pernikahan aktres itu.

“Terima kasih kerana memilih saya. Love tak? Hehe,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan yang dimiliki oleh pelakon Tentang Bulan itu.

“Love sangat. Dia memang dah cantik. Kena sentuhan daripada Alha hasilnya memang superb.

“Wah, cantiknya tahniah.

“Dah kahwin ke? Cantiknya,” tulis netizen.

Fatin Afeefa dah selamat kahwin dengan jutawan? Ramai ucap tahniah

Bagaimanapun, Fatin masih belum membuat sebarang kenyataan atau perkongsian berkenaan pernikahan tersebut.

Tiada lagi sebarang kenyataan dibuat oleh aktres ini.

Sebelum ini pelakon itu mengundang tanda tanya apabila memuat naik sebuah video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarungkan cincin.

Aktres itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah kedua-dua individu dalam video berkenaan.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya matai aitu Ivy Herra Sophia, 7.

Namun, pasangan selebriti itu telah pun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.

BACA JUGA :

‘Buat kecoh telur mahal tapi sakan bercuti’

Nabila Razali akui rasa sunyi, ‘lelaki takut nak dekati saya’

Wanita kantoi sorok ratusan peluru dalam periuk nasi