Fitnah DAP anti Islam akhirnya berbalik kepada PN

Fitnah DAP anti Islam akhirnya berbalik kepada PN

Petang tadi , Menteri Agama Kerajaan tebuk atap mengumumkan Ibadah Haji tahun ini bagi rakyat Malaysia ditangguh ketahun 2021, maknanya tidak ada Jemaah haji yang akan dihantar menunaikan Ibadah Haji buat tahun ini sebagaimana Singapura dan Brunei…

Maka lengkaplah sudah ketentuan Allah.. Dibawah Pentadbiran Kerajaan Melayu Islam, Bukan hanya Ummat Islam tidak dapat Solat Jemaah dan Jumaat lebih 3 Bulan..Tidak ada Solat Tarawikh berjamaah Sepanjang Ramadhan.. Tidak ada Solat Eidulfitri.. hatta Seluruh Masjid pintu pagarnya ditutup rapat sepanjang hampir 3 Bulan..

Dan hari ini lengkaplah sudah, dalam sejarah Negara kita, Ibadah Haji ditangguhkan Kerajaan dan Menteri Agama sendiri..Alhamdulillah.. Semua peristiwa ini berlaku.. dan yang membuat pengumuman atas semua keputusan ini adalah Menteri Agama yang datang dari kalangan Mufti, Dari Kerajaan 95% Melayu Islam..

Aku faham, Semua keputusan ini diambil menepati prinsip Maqasid (hifz al-nafs).bagi menjaga nyawa dan Maslahat Ummat Islam…Dalam Ibadah Haji syarat “istitha’ah” yang disebutkan di dalam Quran, iaitu ianya tidak dapat dipenuhi untuk sampai kepadanya(Baitullah)..”مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً”.. . Ini bertepatan dengan kaedah:

إِنَّ كُلَّ تَصَرُفٍ جَرَّ فَسَادًا أَوْ دَفَعَ صَلاَحًا فَهُوَ مَنْهِيٌّ عَنْهُ

“Bahawa setiap tindakan yang membawa kerosakan atau yang menolak kemaslahatan, maka ianya ditegah.”

Cuma aku bersyukur, ia Hikmah terbesar bagi pemimpin PH terutama nya Dr Mujahid, Allah angkat beban ffitnah ini yang sepatutnya dipikul oleh Kerajaan PH.. Bayangkan semua tindakan, Keputusan dan Pengumuman ini dilakukan oleh Dr Mujahid ?

Agaknya apa reaksi kelompok Ashabiyah dan Khawarij dikalangan UMNO dan PAS.. ? sudah pasti kerajaan dan pemimpin PH akan dipersalahkan..Aqidah dan keislaman mereka dipertikaikan..lebih teruk, PH akan dituduh sebagai alat DAP dan kelompok Kuffar.. hatta sebelum ini ada Pakar hadis pernah ungkapkan sloga “Rahmatan lil Kafirin..”

Sentimen Agama dan kaum akan dimainkan semahu mungkin kelompok Takfiri ini.. sebaran Fitnah perkauman dan sentimen agama akan bertebaran di Group whatsaap Majsid dan dinding2 Facebook..

Aku Masih ingat.. Bilamana selalu pemimpin dan Ulama PAS gemar melaungkan fitnah mimbar2 Kuliah dan Khutbah, Mereka fitnahkan DAP menindas Islam..kononnya azan dilarang.. Syiar Islam dilarang.. apa yang aku selalu tanya kembali kepada mereka.. apa bukti Islam ditindas di bawah PH hatta di negeri DAP ?

Apakah pernah DAP mengusir kamu dari tanah air kamu ? Apakah mereka melarang kita untuk Solat, Apakah DAP menutup pintu pintu Masjid ? apakah DAP pernah melarang Ummat Isalm untuk Berkuliah di Masjid ? Apakah DAP pernah melarang kamu untuk belajar Agama di Sekolah ? dan Apakah DAP pernah menghalang perjalanan dan Ibadah Haji Ummat ISlam ? Jadi dimana Bukti DAP menindas dan ditakrif sebagai Kuffar atau anti Islam ?

Jika semua ini tidak berjaya dibuktikan.. DAP tidak boleh ditakrif sebagai musuh atau Anti Islam.. Selagimana Ummat islam tidak diperangi dan dihalau dari tanah Air mereka hanya kerana mereka itu bergama Islam(Agama)قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ..dan tidak diperangi hanya kerana mereka beramal dalam urusan Ibadah mereka..Ia tak boleh ditafsirkan sebagai Auliya dalam surah Al-Maidah ayat 52 yang selalu dimainkan Ulama PAS dan ISMA.. hatta tidak menepati kehendak dalam tafsiran Surah Al Mumtahanah ayat 8-9 sebagai firman Allah..

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

” Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim..”

Alhamdulillah.. Perencanaan Allah cukup baik, Akhirnya Allah zahirkan.. Mereka sendiri yang menutup pintu pintu pagar Masjid..Mereka sendiri yang membuat larangan untuk Solat Jamaah,Solat Tarawikh dan Solat Jumaat..Mereka sendiri yang membuat larangan Kuliah kuliah Agama.. dan hari ini larangan untuk perlaksanaan Ibadah Haji datangnya dari mereka dan dari tangan tangan mereka sendiri…

Apa yang mereka fitnahkan akhirnya berbalik kepada mereka sendiri…Sebagaimana satu kaedah dalam syariat dan pepatah Arab..

كما تدين تدان..

nak mudah faham, orang Putih cakap.. What goes around comes around, Kalau nak faham dari bait lagu Scorpions, “What U Give U Get Back”..

Tazkirah malam Jumaat

11 Jun 2020

Ipohmali

Sumber: