Gadis dari Indonesia perlekeh bahasa Melayu kena serang berjemaah

Gadis dari Indonesia perlekeh bahasa Melayu kena serang berjemaah

Gadis dari Indonesia perlekeh bahasa Melayu kena serang berjemaah. Seorang wanita berasal dari Indonesia telah menerima kecaman daripada rakyat Malaysia atas cubaan beliau untuk membuat jenaka dengan Bahasa Malaysia.

Wanita terbabit telah memuat naik satu video di laman TikTok dengan membandingkan beberapa perkataan Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

“Di Indonesia, kita kata belok kanan, belok kiri. Di dalam bahasa inggeris, kita sebut turn right, turn left. Dalam Bahasa Malaysia, mereka kata, pusing kanan, pusing,” katanya sambil ketawa.

Beliau juga membuat beberapa perbanding yang tidak tepat antaranya beliau berkata bahawa rakyat Malaysia memanggil pengawal keselamatan sebagai penunggu maling dan hantu pocong digelar sebagai hantu bungkus di Malaysia.

Gadis dari Indonesia perlekeh bahasa Melayu kena serang berjemaah

Kenyataan beliau yang dimuat naik di laman TikTok itu kemudiannya tular di Twitter dengan kebanyakan netizen mengecam kenyataan tidak tepat beliau.

“Apabila anda cuba membuat jenaka bahasa negara orang tetapi semuanya salah. Guna google translate ke?” Kata seorang netizen di Twitter.

Sebenarnya perbandingan salah yang cuba dimainkan oleh netizen Indonesia ini telah berlaku lama.

Dalam satu hantaran yang dibuat pada 2014, seorang netizen Indonesia menyampaikan maklumat salah mengenai perbandingan suku kata di Indonesia dan Malaysia.

Kebanyakan suku kata yang dinyatakan oleh rakyat Indonesia tidak pernah digunakan di Malaysia.

Tambahan daripada itu, tiada seorang rakyat Malaysia yang gunakan ‘bilik merenung’ untuk merujuk ‘tandas’.

BACA:

Peguam perjelas sebab empat MP GRS keluar Bersatu tidak akan hilang kerusi

Keadaan terkini Erry Putra membimbangkan, “doktor kata ada nanah..”

Wanita buang rusa mainan anak selepas kerap kena gangguan misteri

CATEGORIES