Gempar !!! Pemimpin Umno dedah Muhyiddin lalui jalan sukar untuk luluskan belanjawan

Gempar !!! Pemimpin Umno dedah Muhyiddin lalui jalan sukar untuk luluskan belanjawan

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong ‘kepimpinan kerajaan yang lemah’, kata veteran Umno Shahrir Samad membidas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Shahrir pada hari ini turut membangkitkan kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak ketika membahaskan Belanjawan 2021 di parlimen pada 10 Nov bahawa sokongan BN terhadap belanjawan kali ini adalah sokongan bersyarat.

“Apabila saranan Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat Puteri Gunung Ledang’ oleh wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, Muhyiddin dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,…’

“Ditolak saranan (Najib pengerusi) BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Sokongan bersyarat BN terhadap Belanjawan 2021 ini menimbulkan tanda tanya mengenai sokongan gabungan itu agar belanjawan berkenaan dapat diluluskan.

Ini kerana Umno masih menuntut supaya kerajaan melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu dikritik Ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan ‘sokongan bersyarat itu ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Dia juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

Bagaimanapun, semalam Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno yang juga sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada masalah untuk memberikan sokongan mereka.

Siapa nasihat Muhyiddin isytihar darurat?

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno juga telah membuat ketetapan berhubung perkara itu dan tiada sebab untuk menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat minggu lalu.

Dalam pada itu Shahrir berkata, kerajaan PN pula terpaksa berhadapan situasi sukar di Dewan Rakyat untuk meluluskan Belanjawan 2021.

“Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021 nya.

“Sekarang bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari Agong yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

“Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN di bawah Muhyiddin,” katanya lagi.

Sementara itu, Shahrir juga pada hari ini menyifatkan tindakan Muhyiddin memohon perkenan untuk melaksanakan darurat bagi mengawal Covid-19 memberi gambaran beliau seorang perdana menteri yang lemah.

Jelasnya kesilapan Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya apabila menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai cara mengatasi wabak Covid-19 yang turut membuka kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.

“Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

“Keputusan untuk diistyihar darurat sudah cukup memerlukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai PM (Perdana Menteri).

“Siapalah yang menasihat Muhyiddin untuk menyembahkan nasihat ini kepada Agong? Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan Bersatu dan komponen PN yang telah terlibat menasihat Muhyiddin,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya, petang ini.

Tambahnya lagi, keputusan Agong menolak cadangan pengisytiharan darurat sekali lagi membuka kelemahannya sebagai perdana menteri dan wajar meletak jawatan.

“Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh Agong, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai PM dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai PM,” katanya lagi.

Pada 25 Okt, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Katanya, Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Katanya setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550837