Gempar !!! SU politik sahkan keaslian perbualan Whatsapp Takiyuddin dengan Zafrul

Gempar !!! SU politik sahkan keaslian perbualan Whatsapp Takiyuddin dengan Zafrul

Perbualan aplikasi WhatsApp yang tular melibatkan Datuk Takiyuddin Hassan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tular dipetik di luar konteks dengan niat memberi perspektif negatif mencemarkan nama menteri dari Pas itu.

Setiausaha Politik kepada Takiyuddin, Wan Rohimi Wan Daud berkata, adalah menjadi tugas Takiyuddin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menjadi penyelaras antara kerajaan persekutuan dan negeri Kedah bagi memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua belah pihak selari dengan dasar kerajaan.

Takiyuddin juga kata Wan Rohimi berperanan menjadi pemudah cara terhadap isu-isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan antara kementerian atau jabatan termasuklah agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah selepas dilantik sebagai Menteri Penyelaras pada 1 September lalu.

“Cetakan perbualan melalui applikasi WhatsApp tersebut sengaja dipetik di luar konteks dan ditularkan dengan niat yang curang untuk membina persepsi negatif dan mencemarkan nama baik pihak-pihak berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Takiyuddin menjadi pemudah cara kepada urusan penyaluran bantuan kebajikan kepada Kedah daripada Kerajaan Persekutuan, Pengerusi bersama dengan Menteri Besar Kedah berhubung dengan pengurusan bencana dan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari masa ke semasa melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kedah.

Sebelum itu, tular kononnya ada perbincangan mengenai projek rundingan terus antara Takiyuddin dan Tengku Zafrul di media sosial untuk untuk projek loji rawatan air.

Untuk rekod, tangkapan perbualan Whatsapp di antara Takiyuddin dan Zafrul baru-baru ini didakwa berhubungan dengan kontrak menswastakan pengurusan operasi dan penyelenggaraan bekalan air Langkawi.

Perbualan tersebut dipercayai berkaitan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Bina Darulaman Berhad dan cadangan penglibatan rakan usahasama Taliworks Corporation dalam projek d dalam.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/15/penularan-perbualan-whatsapp-takiyuddin-zafrul-berniat-jahat/