Gigih pemuda ini cari waris warga emas terbiar 20 tahun, pengakhiranya buat kita nak nangis

Oleh GEMILANGDAILY

Gigih pemuda ini cari waris warga emas terbiar 20 tahun, pengakhiranya buat kita nak nangis. Kecekapan Pemuda Ini Mencari Waris Warga Emas Terbiar Selama 20 tahun Mendapat Pujian Netizen

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tuIar baru-baru ini di mana memaparkan seorang warga emas yang terbaring di hadapan sebuah Warung Makan Sahabat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh amalwilayah di TikTok, difahamkan beberapa orang pemuda bertanyakan kepada pakcik tersebut apa pertoIongan yang boleh diberi namun warga emas itu berkata dia hanya mahu balik ke kampung halaman.

@amalwilayah Kami jumpa pakcik ni terbaring depan Warung Makan Sahabat..kami tegur dan bertanyakan khabarnya..’Tolong saya,,saya nak balik kampung’..tu ayat yg keluar dari mulutnya..bukan duit yg dia pinta tapi bantuan utk kembali ke kampung halaman..Jadi kami dapatkan maklumatnya..kemudian kami hubungan balai polis yg terdekat di kampungnya..kami post di fb daerah pakcik ni asal..Alhamdulillah..dgn izin Allah,,tak lama tu ada sorang laki telefon dan maklumkan yg dia sekampung dgn pakcik ni..malah apa yg paling kami bersyukur,,lelaki ni kenal dgn akak kepada pakcik ni..Syukur sgt2..akak tu kata betullah itu adik dia yg hilang 20 tahun dulu..terus dia telefon anaknya yg duduk dia klang..Alhamdulillah sgt2 Ya Allah..Sebentar td anak sedara dia datang dan jemput dia balik..esok akan balik ke kampung katanya..#yayasanamalmalaysia #warungmakansahabat #rumahdidiksahabat #amalkongsirezeki ♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

Gigih pemuda ini cari waris warga emas terbiar 20 tahun, pengakhiranya buat kita nak nangis

Bukan itu sahaja dia juga tidak mahu sebarang pertolongan wang ringgit malah hanya meminta agar membantu untuk mencari warisnya. “Bukan duit yang dia pinta tapi bantuan untuk kembali ke kampung halaman.”

Tanpa berlengah, pemuda ini telah mendapatkan maklumat warga emas itu dan menghubungi balai polis terdekat serta membuat hantaran di laman Facebook di daerah asal pak cik tersebut.

Siapa sangka, ada seorang hamba Allah menghubungi mereka dan memaklumkan dia kenal dengan pakcik tersebut. “Alhamdulillah.. dengan izin Allah, tak lama tu ada seorang lelaki telefon dan maklumkan yang dia sekampung dengan pakcik ni.”

Lelaki itu turut mengenali kakak kepada pakcik berkenaan yang hilang 20 tahun yang lalu. Pakcik itu kemudiannya dijemput oleh anak saudara dan dibawa pulang ke kampung pada esok hari.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat pakcik tersebut yang tidak mahu apa-apa selain pulang ke kampung halaman dan berjumpa dengan waris. Bukan itu sahaja, warganet juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada @amalwilayah kerana membantu pakcik ini. Antara komen warganet:

BACA:

6 pemimpin muda berpengaruh di Malaysia yang perlu diberi perhatian

Aksi gadis cantik main bola pakai kain pelekat jadi perhatian

Ayat padu abang grab buat wanita ini tersentak, “kau hanya tempat persinggahan!”