Hadi ada masalah kemurungan politik – Penganalisa. Saya syak Presiden PAS, Hadi Awang mengalami masalah kemurungan politik melampau sebab itulah dia masih duduk, merapu, meroyan dan sibuk nak campur urusan penubuhan Kerajaan Perpaduan. Dia ni masih tak berhenti-henti bercakap macam masih tak boleh terima takdir Allah SWT.
– Malah seperti biasa Hadi cukup famous dengan siri fatwa-fatwa politik yang hanya memberi keuntungan kepada partinya saja. Bila orang buat salah tapi bila dia buat terus ada dalil untuk menghalalkan semuanya termasuklah yang haram boleh dihalalkan asalkan memberi laba kepada Hadi dan PAS.
– – Rakan-rakan Hadi dalam PN perlu lakukan sesuatu supaya masalah psikologi yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Marang itu tidak berlarutan dan jadi lebih kronik. Mereka perlu sedarkan Hadi supaya banyak-banyak mengucap dan terima hakikat PN tak dapat jadi kerajaan walaupun menang banyak kerusi. Saya bimbang bekas Duta Khas ke Timur Tengah itu semakin hilang kawalan untuk berfikir secara waras dan dia akan terus merepek sampai menjejaskan imej dia sebagai pak lebai.
– Baru saja tiga hari lepas Hadi keluarkan fatwa baru. Sogok duit kepada pengundi tak dikira rasuah sebaliknya kalau ikutkan Hukum Feqah Haji Hadi, ia dianggap sebagai sedekah. Hadi menghalalkan wang rasuah undi untuk beli undi dan bukan satu dosa besar.
– Hadi terus keluarkan fatwa baru ini selepas BN failkan 3 petisyen mencabar keputusan PRU15 di tiga Parlimen di Terengganu termasuk Parlimen Marang yang dimenanginya dengan cara rasuah pengundi.
Hadi jadi panas bontot dan tak senang dulu kerana dia tahu bala besar akan menimpa dirinya. Tak mustahil dia pula akan jadi kluster mahkamah seperti yang selalu tuduh pemimpin UMNO.
– Lepas itu, dulu bukan main Hadi puji DAP dan PKR ketika menjalinkan hubungan lebih 10 tahun dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. DAP parti tak rasis, DAP tak tolak Islam, PKR parti terbaik pesaing UMNO dan macam-macam lagi kata-kata pujian ketika asyik bercinta dan kahwin. Selepas bercerai dengan DAP dan PKR, Hadi terus memburuk-burukkan bekas pasangan mereka itu dengan macam-macam tuduhan.
– Begitu juga dengan UMNO. Selepas PRU14, Hadi puji melambung pemimpin-pemimpin UMNO sebab nak bergabung tubuhkan Muafakat Nasional. Malah Hadi juga pernah beri pujian kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamid. Tapi bila hubungan PAS/UMNO gagal diteruskan dalam MN, PAS terus bertukar perwatakan. Hadi sendiri pusing 180 darjah dan mula mencaci serta mencerca UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Lepas PRU15, dia kutuk pula UMNO sebab bekerjasama dengan PH tubuhkan Kerajaan Perpaduan kononnya kerajaan itu tak ikut peraturan Allah dan haram.
– Kelmarin Hadi melalut lagi. Dia tuduh pula Kerajaan Perpaduan hari ini tak ikut konsep sebenar dan lebih besar kepala dari badan. Hadi kata konsep perpaduan sebenar adalah bersatu atas titik persamaan sahaja dan bertasamuh (bertoleransi) dalam perbezaan dan kelainan yang mengikut garis sempadannya.
– Habis tu apa yang UMNO, PH, GPS, GRS buat hari ini bukan ke bersatu atas satu titik persamaan dengan mengetepikan agenda politik dan perjuangan masing-masing demi memastikan sebuah kerajaan yang toleransi dapat dibentuk. Apa yang kamu merepek ni wahai Hadi.
– Kerajaan Perpaduan hari ini berjaya dibentuk bila DAP bersetuju untuk terima agenda mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja seperti yang disyaratkan oleh UMNO. Manakala PM10 pula telah melantik ramai menteri dan timbalan menteri dalam kalangan Melayu Islam dalam kabinet kerajaan demi menunjukkan kekuatan sejati Melayu Islam di Malaysia. DAP juga bertolak ansur untuk terima kuota menteri dan timbalan yang kecil jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang mereka menangi.
– Lepas itu Hadi keluarkan dalil baru pula. Islam menolak daripada bersatu dan bekerjasama dengan kumpulan haram. Kumpulan dimaksudkan itu adalah seperti kumpulan perompak yang mengambil harta secara paksaan dan terbuka yang dinamakan juga dengan merampas, melanun di lautan luas dan sebagainya. Begitu juga, diharamkan bersama kumpulan pencuri yang mengambil harta secara sembunyi tanpa diketahui dan diizinkan oleh pemiliknya. Kemudiannya, disertai oleh kumpulan penipu yang mengumpulkan harta secara menggoda atau berbohong.
– Saya nak tanya dalil tu Hadi tuju kepada diri sendiri dan Muhyiddin ke? Sebab sekarang ini pun dengar cerita Muhyiddin tengah kecut perut bila sudah terbongkar skandal ‘5%’ komisen projek-projek kerajaan zaman Muhyiddin jadi PM bernilai bilion-bilion ringgit masuk ke akaun parti politik. Atau Hadi sendiri pun mungkin tengah takut, mana tahu dia pun takut nama dia dan PAS sangkut sekali.
– Bulan lalu, Hadi cakap PAS cuba selamatkan UMNO daripada ditelan DAP jika terus bekerjasama. Saya nak minta Hadi cermin diri dulu, PAS dulunya 20 tahun kahwin dengan DAP, apa cerita. Masa itu tak terfikir ke DAP akan telan PAS. Masa tengah seronok berkasih sayang sudah lupa semua musibah tapi bila dah bercerai baru nampak semua benda buruk. Akhirnya terbentuk parti Amanah macai DAP yang terhasil dari hubungan ‘haram’ PAS-DAP itu.
– Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS amat daif kerana mudah terpedaya dengan muslihat DAP. Mereka bercinta, bertunang dan berkahwin tapi akhirnya bercerai. Sampaikan DAP berjaya hasut sebahagian pemimpin dan ahli PAS untuk derhaka kepada ‘ibu’ sendiri dan berpisah keluar dari parti itu. Maka wujudkan parti Amanah hasil daripada hubungan 20 tahun PAS dan DAP.
– Mungkin Hadi cemburu bila anak-anaknya dalam Amanah kini sudah berjaya dan diangkat menjadi menteri-menteri di kementerian penting, sedangkan Hadi pula sudah hilang jawatan dan gaji buta sebagai Duta Khas Timur Tengah bertaraf menteri. Sebab itulah Hadi macam kerasukan bila UMNO mula nak berkawan dengan PKR, DAP dan Amanah dalam PH. Kononnya PAS nak tolong UMNO padahal PAS dan Hadi sebelum ini pun hanyut dalam pelukan DAP, Kit Siang dan Guan Eng.
– Hadi tak payahlah nak sibuk dengan urusan UMNO. Tahulah kita macam mana nak jaga diri sebab UMNO pun dah 70 tahun lebih hidup dalam politik Malaysia. UMNO lebih arif dengan sepak terajang, taktik, muslihat dan helah orang-orang politik. Macam saya pesan sebelum ini, Hadi kena redha dengan takdir Allah yang tak angkat PAS dan PN jadi kerajaan dek kesombongan mereka sendiri. Jadi kena dah move on dan fokus jadi pembangkang yang bijak untuk Kerajaan Perpaduan ini.
– Sudah-sudahlah Hadi…Move on la. Rakyat pun sudah meluat dengar kamu duduk meratib pasal konsep pembentukan Kerajan Perpaduan. Dah nak masuk 3 bulan dah Malaysia sudah ada kerajaan yang stabil dan kukuh, tak usahlah kamu nak jadi batu api. Buatlah kerja sebagai pembangkang dengan baik dan cuba bantu kerajaan untuk bagi idea-idea lebih baik daripada asyik duduk berpolitik 24 jam.
– Saya malas nak komen panjang pasal Hadi ini sebab saya nampak dia sudah makin nyanyuk dan lupa banyak perkara yang pernah dia cakap atau buat. Biarlah Hadi terjun dengan pukat-pukatnya dan UMNO terus tumpukan kepada perjuangan untuk memulihkan parti serta membela rakyat.
*NOTA KAKI
– Satu isu besar yang saya nampak dalam pasca PRU15 ini adalah, pengundi Melayu memang sudah swing habis kepada PN. Pengundi Melayu yang meninggalkan UMNO kerana bencikan Mahathir selepas Anwar dipecat 25 tahun dulu lari ke PKR. Sekarang mereka dan anak-anak beralih angin kepada PN kerana bencikan PH terutamanya DAP. Sebab itulah kita lihat walau apapun yang pemimpin PN terutamanya dalam PAS buat, ketaksuban mereka kepada gagasan itu cukup mendalam.
– Itu juga berpunca daripada pemahaman pengundi Melayu bahawa pengundi bukan Melayu juga terlalu fanatik kepada PH terutamanya DAP kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri dan bukannya kepentingan negara.
– Jadi saya tak hairan pun kalau orang Melayu tidak menyokong UMNO atau PKR dan memilih parti seperti PAS yang berkepimpinan ting tong sebagai membalas sokongan orang Cina tanpa soal kepada DAP. Dan jelas juga bahawa orang Sabah dan Sarawak menolak kedua-dua parti ini (PAS dan DAP) kerana mereka melihat peranan kedua-dua parti ini sebagai pemisah kaum yang boleh menjejaskan keharmonian kepelbagaian etnik di Pulau Borneo itu.
– Pengundi bukan Melayu terutamanya orang Cina yang berkurangan jumlah penduduknya mahukan kesamarataan bawah meritokrasi kononnya dan mahu orang Melayu berpecah tiga supaya jumlah setiap portion kumpulan Melayu sama banyak dengan Cina. Mereka beralih dari neutral ke campur tangan politik kerana mereka tidak mahu kurang pegangan dalam ekonomi negara.
– Saya yang ada darah keturunan Cina amat memahami pemikiran jangka pendek golongan Cina muda pasca Dasar Ekonomi Baru ini. Mereka memang mahukan kuasa politik sebagai penyelamat peluang ekonomi mereka. Saya teringat selepas kejatuhan Kerajaan BN Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2008 dulu , saya teringat kata-kata arwah bapa saya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang tidak senang dengan tindakan saya untuk mendekati lebih masyarakat Cina dengan bantuan wakil rakyat. Malah saya juga turut belajar bahasa Cina sebab nak dekati komuniti Cina. Arwah mengingatkan saya bahawa saya jangan terlalu menunjukkan keturunan Cina itu kerana orang Melayu akan menolaknya DAN orang Cina tidak akan menghargai serta hargai tindakan saya itu.
– 15 tahun kemudian terbukti kata-kata arwah itu apabila undi yang diberikan oleh pengundi Cina kepada saya sebagai calon PRU Parlimen Pulai mula menurun sejak PRU12 (tahun 2008) dulu dan akhir sekali tinggal hanya 2 peratus saja pada PRU15 baru baru ini.
– Bila situasi pengundi terbahagi dua antara puak kiri (pengundi bukan Melayu) dan puak kanan (pengundi Melayu) ini wujud, maka harapan untuk melihat pendekatan central politic seperti ketika zaman BN memerintah selama 60 tahun lalu akan lenyap. Tak mustahil pada PRU16 nanti pun negara akan berdepan dengan situasi pihak yang menang tak dapat jadi kerajaan sendirian kerana tiada satu pun gabungan parti yang ada majoriti mudah.
– Malah percayalah pola dan sikap pengundi di Sabah serta Sarawak juga akan berubah dan condong kepada politik kewilayahan pada masa-masa akan datang.
– Sebab itulah peranan UMNO/BN itu penting untuk membawa semula landskap politik Malaysia ke arah titik tengah semula. Tapi UMNO juga kena lihat dahulu pihak manakah yang benar-benar jujur untuk membawa negara ke arah perpaduan sebenar dan bukannya bersikap pura-pura saja sebab mahu jadi kerajaan dan ada kuasa.
BACA:
Mas Idayu bakal sertai Gegar Vaganza? netizen sindir ‘dia masuk Ceria Popstar pun tak lepas’
Cubaan wanita nak bunuh diri temui jalan buntu, terapung 10 jam dalam sungai