Hadir usrah Ustaz Wadi Annuar, Nora puji cara PU Riz bimbing Neelofa. elebriti terkenal Neelofa sentiasa mengisi masa dengan majlis ilmu yang dihadiri ahli agama dan rakan-rakan industri seni.
Terbaru, Neelofa dan suami, Haris Ismail hadir ke Usrah & Jamuan 30 Sifat Untuk Ke Syurga yang menjemput Ustaz Wadi Annuar sebagai penceramah.
Makin tutup makin cantik
Penyanyi Datuk Nora Ariffin antara barisan selebriti yang dijemput ke The Agam, Sungai Penchala.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nora, 50, bersyukur melihat perubahan usahawan berumur 34 tahun ini yang memilih untuk berhijrah di ketika kemuncak popularitinya.
Pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin memuji dengan penampilan hos program Next To Neelofa yang makin berseri selepas memakai niqab.
Subhanallahh, bila jumpa Neelofa teringat masa mula-mula tengok dia berlakon filem Azura dulu, dalam hati comel sungguh mek kelate (Kelantan) ini.
Alhamdulillahh dalam kemuncak mencipta nama, dia berhijrah. Masya-Allah tengok dia sekarang, makin tutup makin cantik berseri, ditambah dengan ilmu yang semakin mantap dari suami.
Bertambah rezeki
Dalam pada itu, pelantun lagu Rela Berpisah turut mendoakan agar pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor kekal istiqamah serta berjaya dunia akhirat.
Moga istiqamah sampai bila-bila, berjaya dunia akhirat, bertambah rezeki dan tambah keluarga. Tahniah kesayanganku Neelofa.
BACA:
Amaran keras dari MeT Malaysia: Hujan lebat berterusan sehingga rabu
Kerja kerani je tapi ada empat kereta mewah, salah satunya Roll Royce Phantom RM6 Juta